Saturday 7 December 2013

Pertandingan mewarna......

24 Nov 2013......

Satu percutian yang panjang....2 minggu bercuti dari berblog.....kalau balik kampung memang tak dapat nak masukkan entri terbaru sebab line internet di kampung sendiri ataupun di kampung mertua macam siput..hehehe..tak tahu kenapa sedangkan rumah mak saya berhampiran Universiti Teknologi Petronas dan UiTM seri iskandar tetapi line internet cukup terhad....kampung mertua walaupun dalam kawasan 'waterfall' tetapi sangat hampir dengan bandaraya Ipoh pun sama.....

Jadi memang banyak entri terbaru yang saya nak kongsikan bersama....semuanya tentang percutian dan tempat-tempat menarik di Perak...tujuan saya masukkan entri jalan-jalan ni untuk beri panduan kepada rakan-rakan di luar sana sekiranya ingin berkunjung ke Perak...jauh sekali untuk menunjuk atau membanggakan diri....sekadar catatan pengalaman sahaja.....

Di sini saya nak kongsikan pertandingan mewarna anjuran kedai buku Popular di Aeon Kinta City Ipoh.....walaupun tidak memenangi sebarang hadiah tetapi saya hanya nak bagi pendedahan dan pengalaman untuk anak saya.....anak saya yang sulung bersama 3 orang anak kakak menyertai kategori A untuk kanak-kanak 4-6 tahun.....

Apa yang menarik perhatian saya ialah bilangan peserta Melayu hanya 5 orang di antara berpuluh peserta yang menyertai pertandingan ini....mungkin juga nisbah kaum di sini jauh berbeza (penyedap hati...hehehehe)....


Antara peserta yang mengambil bahagian....

Kakak tengah tekun mewarna....


Antara peserta kategori B untuk 7-9 tahun


Hasil kerja kakak...hehehehe...mak tetap bangga

Antara peserta terawal yang siap mewarna....kihkihkih

Apa yang penting kita dapat belajar dari pengalaman.....apa yang saya tahu kanak-kanak di sini kebanyakannya mengikuti kelas mewarna jadi kita dapat lihat sendiri teknik mewarna peserta...memang jauh berbeza dengan anak-anak kita kan.....



No comments:

Post a Comment