Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Tuesday, 19 November 2013

Donut kentang.....

Dah lama juga senyap dari entri terbaru....banyak lagi yang nak dimasukkan tetapi kesihatan diri sendiri yang tidak mengizinkan....sekarang ni anak-anak dan diri saya sendiri diserang demam,selsema dan batuk.....cuma suami dan anak sulung je yang belum berjangkit...kebal sungguh antibodi mereka....hehehehe

Bila badan tak sihat bermakna dapur pun bercuti juga.....tetapi hari ni memenuhi permintaan anak sulung yang nak makan donut...maklumle kalau cuti sekolah perutnya asyik lapar 24 jam.....kali ni saya hanya dapat letakkan sebahagian gambar step by step sebab ramai sangat 'pembantu dapur' saya kali ni....donut belum kembang lagi diaorang suruh goreng sebab tak sabar nak makan.....bancuhan kali ni memang tak dapat difrozenkan...semua dah 'frozen' dalam perut anak-anak....kihkihkih

Kali ni saya cedok resepi dari blog evelyn gemina....saya suka rujuk blog lyn ni sebab mudah dan ringkas....lyn ni sangat pandai mendekorasi kek....kawan-kawan boleh tengok sendiri hasil kerja tangan beliau.....jom kita semak resepi....

Bahan-bahan:
Resepi asal :http://mybakingworkshop.blogspot.com

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Sebiji kentang (direbus dan dilecek halus)
1/2 sb yis
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan marjerin 
1 sk garam

Cara-cara sekiranya uli menggunakan tangan:
1.Satukan yis dengan air suam sehingga berbuih.
2.Di dalam bekas lain satukan bahan lain dan masukkan bancuhan yis tadi.....Uli sehingga menjadi doh yang lembut...
3.Kemudian uli perlahan di atas bekas yang ditabur tepung......Pindah ke dalam bekas yang telah digriskan dengan minyak.....Uli rata hingga doh berminyak
4.Bungkus doh dalam plastik.Simpan dalam peti sejuk selama 8 jam...(saya hanya sempat simpan selama 2 jam je...anak-anak dah tak sabar nak makan)
5.Tumbuk doh dan keluarkan angin..Bentuk doh mengikut bentuk yang disukai...
6.Susun donut yang telah dibentuk dan biarkan naik 2x ganda...
7.Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana....

*kali ni saya mengada-ngada.....malas nak uli saya masukkan semua dalam breadmaker...jadi masukkan bahan cecair di bahagian bawah sekali...selepas itu tepung,kentang,marjerin,garam,gula kastor dan yis...tekan no 8...tidak perlu perap dalam BM tetapi terus ke langkah no 4 di atas...

Cara letak bahan-bahan dalam BM

Tekan no 8 untuk dough

Selepas 30 minit boleh keluarkan doh untuk diperap dalam peti ais




Doh tetap kembang semasa digoreng walaupun tidak direhatkan....


SELAMAT MENCUBA......




Friday, 25 October 2013

Donut (water roux)

Makan donut lagi.......

Sebenarnya terlalu banyak resepi donut di internet, buku atau majalah.....bermacam2 cara untuk melembutkan donut....saya juga dah mencuba pelbagai resepi...tetapi kali ni tak sabar nak mencuba donut yang menggunakan 'water roux'....dengar nama pun pelik...mula-mula dengar terlintas kat fikiran bahan apa yang saya perlu beli sebenarnya.....rupa-rupanya bahan tersebut memang sentiasa ada di dapur.....memang puas hati menghasilkan donut menggunakan 'water roux'...lembut sangat....seperti makan donut di Big Apple....hehehe...resepi ni saya dapat dari blog jintan manis.....penggunaan 'water roux' ini juga boleh digunakan untuk doh roti....


Water roux

Resepi:
125ml air
25 gm tepung gandum

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan di dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan kacau sampai pekat.
2.Selepas pekat, angkat dan sejukkan sebelum digunakan

Resepi donut :
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
* saya gunakan tepung gandum je...
170ml air suam
1  biji telur
4 sb water roux
40gm shortening/butter/marjerin
30gm susu tepung
4 sb gula
2 sk baking powder
2 sb minyak
1 sk garam
6 gm yis (2 sb)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga tidak melekat di tangan.Jika gunakan butter yang mengandungi garam pastikan masukkan akhir sekali iaitu setelah menjadi doh.

2. Uli hingga lembut dan licin.


3.Perap doh 40 minit atau doh naik 2x ganda..




4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin. Bahagi doh kepada beberapa bahagian.Biarkan selama 7-8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang disukai...


5.Susun donut yang dibentuk dan biarkan naik 2x ganda

Tak sempat naik 2x ganda anak dah suruh goreng...hehehe





Donut yang belum make up

Separuh masak untuk difrozenkan....

Dah siap....tak sampai 10 minit dah licin

Adunan ni boleh dapat 38 keping donut...tetapi kita boleh goreng separuh masak untuk difrozenkan....dapat menjimatkan masa kan.....

SELAMAT MENCUBA......