Thursday 31 October 2013

Daging panggang.....


Masakan ni dah lama buat tapi baru ada kesempatan nak masukkan dalam entri....resepi paling mudah dan agak-agak je semua bahannya.....yang paling penting untuk daging kita perap semalaman....




Bahan-bahan :

Daging
Bawang besar *
Bawang putih*
Halia*
Serai*
Lengkuas*
Garam
Sos lada hitam

* dikisar halus

Selepas dikisar saya masukkan semua bahan ke dalam plastik dan simpan semalaman di dalam peti ais....

Panggang menggunakan pemanggang ajaib.....hehehe



Daging panggang sedap dicicah dengan air asam....saya hanya menggunakan cili merah,cili padi dan tomato dikisar halus bersama air asam jawa garam dan gula....boleh tambah bawang besar,cili padi dan tomato yang dihiris ke dalam air asam...

SELAMAT MENCUBA.........

Kek coklat moist......

Kaedah buttermilk......

Tak tahu kenapa saya ni suka sangat buat kek...sebenarnya saya bukan penggemar kek...kalau baking kek saya hanya makan sepotong sahaja untuk rasa teksturnya...pelikkan...jadi kek ni selalunya anak saya yang makan ataupun disedekahkan kepada jiran...untung siapa jadi jiran saya...jom kita berjiran...hehehehe...

Bagi pendapat saya kek coklat yang menggunakan kaedah 'buttermilk' lebih moist dan sedap.....percubaan kali ni memang berjaya....separuh kek ni saya sedekahkan di sekolah kakak....siapa yang nak makan sebab saya bukan penggemar kek....'buttermilk' ni kita boleh buat sendiri...mudah dan jimat....kali ini saya menggunakan resepi dari blog http://aziejaya.blogspot.com/....saya memang suka dengan resepi kek di blog kak azie....mudah dan sedap....terima kasih kak.....Saya panjangkan resepi di sini untuk rujukan, cuma saya ada buat pertambahan sikit dengan memasukkan coklat emulco sebab serbuk koko tak cukup.....hehehe



Coklat meleleh....

Resepi buttermilk:
1 cawan susu segar
1 sb cuka

Cara:
Masukkan cuka ke dalam cawan penyukat.....Tuangkan susu segar...Biarkan larutan selama 5 minit sebelum digunakan...

Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan minyak mazola
1 1/2 tsp esen vanilla
1 cawan air mendidih
1 tsp coklat emulco (saya tambah)

Cara2 :
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam mixing bowl kecuali air mendidih.....

2.Putar kelajuan sederhana selama 1 minit...Perlahankan kelajuan dan masukkan air mendidih....Terus putar hingga sebati....

3.Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit-1 jam bergantung kepada oven masing-masing...

*Untuk topping saya cairkan coklat masakan secara double boiler...setelah cair masukkan 2 sudu mentega....tunggu sehingga kek sejuk baru dituangkan ganache coklat....




Sedap.....SELAMAT MENCUBA.......

Monday 28 October 2013

Coklat Oreo......

Semudah A...B...C........

Sebenarnya kat luar sana dah ramai yang tahu buat coklat oreo ni....saya juga yang baru nak buat....semuanya sebab nak belajar untuk bagi pada kawan-kawan kakak di sekolah minggu depan sempena hari jadinya.....sambil pejam mata pun boleh buat....hehehe....tetapi saya akan tunjukkan juga bahan-bahan dan cara yang saya gunakan untuk membuat coklat oreo sebagai rujukan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri di masa akan datang....



Produk coklat ni ada 3 jenis....milk compound,white compound dan dark compound...1kg ni boleh dapat banyak hasil coklat...semua barang -barang di sini saya beli di Bagus bakery seksyen 13, Shah Alam.....


Acuan ni kita boleh letak sekeping biskut oreo....



Acuan jenis ni terus ada pelbagai bentuk dan boleh letak batang sekali....



Untuk 2 jenis acuan ini saya gunakan 300gm coklat compound yang dimasak menggunakan kaedah double boiler.....



Masukkan ke dalam piping bag dan dimasukkan separuh ke dalam acuan...letakkan sekeping biskut oreo kemudian tutup kembali dengan coklat.....



Setelah siap dihentak sedikit untuk mengeluarkan gelembung udara...kemudiannya dimasukkan ke dalam peti ais selama 10-15 minit....Keluarkan dari acuan....



Inilah hasilnya....di atasnya kita boleh letak pelbagai jenis edible image...tapi disebabkan untuk makan sendiri je saya tak letak...



Acuan yang pelbagai bentuk ini lebih menarik minat kanak-kanak....


Contoh yang telah sedia dibungkus untuk diberikan kepada kawan-kawan kakak di sekolah....



Sangat mudah dan jimat......SELAMAT MENCUBA.....



Sunday 27 October 2013

Belajar Membaca II....

Bacalah Anakku......


Cuti sekolah hujung tahun semakin hampir.....ibu bapa pun semakin sibuk untuk memikirkan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah nanti...tak mungkin sepanjang cuti sekolah anak-anak mengadap tv 24 jam kan....macam saya tahun depan merupakan pengalaman pertama anak sulung saya menjejakkan kaki di tahun 1......sempena cuti sekolah yang bakal menjelma saya nak kongsi tentang buku yang saya gunakan untuk mengajar anak saya membaca...

Sebelum ini saya pernah berkongsi buku bahasa inggeris yang saya gunakan untuk anak saya....kali ini untuk bahasa malaysia saya gunakan set buku Bacalah Anakku...buku ini mengandungi 8 buah.....memang diakui anak-anak boleh membaca seawal 3 bulan kalau kita konsisten mengajar dengan buku ini......

Tetapi entri yang lepas saya ada beritahu yang saya memang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mengajar anak saya.....walaupun saya menghantar tuisyen untuk anak saya tetapi kita masih perlu mengajar sendiri di rumah....baru kita nampak keberkesanannya...tidak boleh mengharap seratus peratus pada guru sahaja...dengan adanya guru, kita sebagai ibu bapa dapat berkongsi kaedah bagaimana untuk mengajar anak kita...ilmu yang ada kita kongsi bersama-sama...

Sempena cuti sekolah juga saya nak berkongsi segala aktiviti dan latihan yang saya buat bersama anak2 saya.....ini merupakan satu motivasi untuk diri saya sendiri dan ibu bapa di luar sana untuk sama2 berkongsi aktiviti anak2.....jangan jadikan cuti sekolah ini hanya aktiviti di depan tv,tab dan game sahaja.....


Semoga berjaya mendidik anak-anak kita.....berjumpa lagi di lain entri......

Bun vanilla manis....(menggunakan tepung gandum)

Akhirnya berjaya memilikimu.....

Tergoda sungguh lihat blog yang menghasilkan sendiri roti.....banyak resepi yang saya dapat tetapi saya sungguh tertarik dengan resepi roti yang menggunakan kaedah 'water roux'.....sebab sebelum ini donut yang dihasilkan menggunakan
kaedah yang sama memang menghasilkan donut yang gebu dan lembut......sebelum ni pernah buat roti dan uli dengan menggunakan tangan tetapi hasil kurang memuaskan sebab tempoh masa uli yang sekejap....memang tak mampu nak uli dengan tangan...lenguh satu badan jadinya....hehehe.....saya pun memujuk suami untuk membeli BM.....dapat jugak akhirnya sebab dia tahu isterinya memang minat memasak......saya membeli BM jenama Tesco sebab itu sahaja BM yang murah di pasaran....Alhamdulillah percubaan pertama saya untuk membuat roti menjadi cuma terdapat sedikit kesilapan sebab menggunakan loyang yang kecil.....jadi kita perlu belajar dari kesilapan untuk menghasilkan adunan yang lebih baik di masa akan datang....

Saya mengambil resepi ni dari blog jintan manis...memang banyak tips yg dikongsi untuk menghasilkan roti yang gebu dan sedap....rakan-rakan boleh rujuk blog beliau....saya juga akan berkongsi beberapa tips yang saya baca dr beberapa blog yang saya rujuk.......di sini juga saya tidak dapat sertakan gambar pada permulaan adunan sebab pada mulanya hanya ingin mencuba dahulu...rupa-rupanya menjadi pulak....hehehe...di lain masa saya akan kongsikan lebih banyak gambar....

Resepi water roux:
25  gm tepung gandum
125ml air

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sampai pekat dengan menggunakan api perlahan....
Setelah pekat,angkat dan sejukkan sebelum digunakan...


Water roux......

Untuk menghasilkan roti yang lembut dan naik perkara yang paling penting apabila menggunakan BM adalah cara memasukkan bahan dalam bekas adunan...pastikan cecair di bawah sekali....selepas itu baru masukkan adunan bahan kering.....yis dan garam tidak boleh diletakkan berdekatan kerana akan menyebabkan yis tidak hidup...pastikan yis diletakkan di sebelah kanan bekas adunan dan garam serta mentega di sebelah kiri...gula pula perlu diletakkn bersebelahan dengan yis.....di entri lain saya akan tunjukkan gambar kedudukan bahan-bahan dalam bekas adunan.....


Doh yang telah naik 2x ganda

Resepi doh : (rujukan dari blog jintan manis)
450gm tepung gandum
40gm gula
40gm susu tepung
2 sk esen vanilla
2 biji telur (asingkan 2sb untuk buat gliss)
2 sb butter
1/2 sk garam
2 sk yis
190ml (air suam + telur)
3 sb water roux
1 sk baking powder

Cara-cara:
1.Masukkan bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas tadi ke dalam mangkuk adunan BM....sekiranya menggunakan BM tesco tekan no 8 (dough)....masa yang diberikan selama 1 jam 30 minit tetapi ia akan berhenti sendiri dalam masa kurang 30 minit...

2. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk serta uli sekejap...Rehatkan doh selama 45 minit atau doh naik 2 kali ganda....

3.Bulat-bulatkan doh dan susun di dalam loyang...Biarkan naik lagi 2 kali ganda...



Doh yang telah disusun dan naik 2x ganda...

4. Apabila doh dah naik boleh disapu dengan egg wash (campuran 2 sb telur + 2sk susu + beberapa titik esen vanilla)




Permukaan doh ditabur dengan gula.....

5. Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 20-25 minit...(bergantung kepada oven masing2)

Posing dengan BM...hehehe


Hangus sikit tapi memang gebu.....

Bagi pendapat saya lebih cantik sekiranya doh ini dibulat-bulatkan sebesar telur ayam dan disusun di dalam loyang segiempat....Lebih nampak comel dan senang dimakan...Berjumpa lagi di lain entri...SELAMAT MENCUBA....


Pantai Morib.......

Sepetang di sini.....

Minggu lepas kami sekeluarga bersantai di pantai Morib...walaupun hampir 4 tahun tinggal di Port Klang ini merupakan pertama kali ke sini.....kami sebenarnya nak 'survey' Gold Coast Morib untuk perancangan cuti yang akan datang....

Air laut tengah surut lagi....


Anak2 mesti akan ke sini


Main layang-layang


Mesti nak bergaduh 2 orang hero ni....


Air laut dah mula pasang tetapi masih ada yang berani main kat tengah laut....


Seksinya....hahaha...baju dah basah tumpah air


Aktiviti main layang-layang....

Balik dari Pantai Morib kami singgah makan di sini...memang ramai pengunjung...nasi lemak kukus dan nasi ayam memang yang paling sedap di sini...maaf le sebab tak sempat nak ambil gambar makanan....anak-anak semua tidur jadi beli bungkus je.....




Sehingga berjumpa di lain entri.......



Friday 25 October 2013

Donut (water roux)

Makan donut lagi.......

Sebenarnya terlalu banyak resepi donut di internet, buku atau majalah.....bermacam2 cara untuk melembutkan donut....saya juga dah mencuba pelbagai resepi...tetapi kali ni tak sabar nak mencuba donut yang menggunakan 'water roux'....dengar nama pun pelik...mula-mula dengar terlintas kat fikiran bahan apa yang saya perlu beli sebenarnya.....rupa-rupanya bahan tersebut memang sentiasa ada di dapur.....memang puas hati menghasilkan donut menggunakan 'water roux'...lembut sangat....seperti makan donut di Big Apple....hehehe...resepi ni saya dapat dari blog jintan manis.....penggunaan 'water roux' ini juga boleh digunakan untuk doh roti....


Water roux

Resepi:
125ml air
25 gm tepung gandum

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan di dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan kacau sampai pekat.
2.Selepas pekat, angkat dan sejukkan sebelum digunakan

Resepi donut :
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
* saya gunakan tepung gandum je...
170ml air suam
1  biji telur
4 sb water roux
40gm shortening/butter/marjerin
30gm susu tepung
4 sb gula
2 sk baking powder
2 sb minyak
1 sk garam
6 gm yis (2 sb)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga tidak melekat di tangan.Jika gunakan butter yang mengandungi garam pastikan masukkan akhir sekali iaitu setelah menjadi doh.

2. Uli hingga lembut dan licin.


3.Perap doh 40 minit atau doh naik 2x ganda..




4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin. Bahagi doh kepada beberapa bahagian.Biarkan selama 7-8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang disukai...


5.Susun donut yang dibentuk dan biarkan naik 2x ganda

Tak sempat naik 2x ganda anak dah suruh goreng...hehehe





Donut yang belum make up

Separuh masak untuk difrozenkan....

Dah siap....tak sampai 10 minit dah licin

Adunan ni boleh dapat 38 keping donut...tetapi kita boleh goreng separuh masak untuk difrozenkan....dapat menjimatkan masa kan.....

SELAMAT MENCUBA......








Thursday 24 October 2013

KUALA LUMPUR......

Bersantai dengan selipar 'Jepun'....

Sebenarnya dah lama saya pergi ke sini semasa sambutan Hari ATM ke 80....baru hari ni nak masukkan dalam entri....hahahaha...memang ketinggalan betul....pada mulanya memang tiada perancangan untuk ke dataran merdeka....sebelum tu bawa anak2 mandi kolam di pusat akuatik shah alam....selepas tu suami ajak pergi Plaza Low Yatt untuk tengok handphone.....selepas balik dari sana terus singgah dataran......kalau tiada perancangan memang anak2 elok je perangai....saya pulak jadi tak puas hati sebab janji lepas mandi kolam terus balik rumah tetapi boleh jalan2 di KL dengan hanya memakai selipar 'Jepun'....hahaha.....cari kasut lain dalam kereta tak ade pulak...huhuhu....





Cantik sungguh kasutku.....





Berjumpa lagi di lain entri........









Wednesday 23 October 2013

Kek asas mentega......

Kek gunung berapi....

Tengok tajuk di atas pun macam terkejut kan...kek ni memang dah macam letusan gunung berapi....hahaha....tengok gambar kat bawah terjawab segala persoalan......ini merupakan resepi kek asas mentega yang paling mudah..saya memang dah banyak kali menggunakan resepi ini tetapi atas kejadian yang berlaku kek menjadi gunung berapi....kepada yang baru nak belajar buat kek inilah resepi yang boleh kita cuba....saya dapat resepi ni dari blog che mat gebu.....kebanyakan resepi dalam blog che mat memang mudah cuma sebab masa tengah buat kek saya tengah marahkan anak-anak....memang kejadian kek sama seperti hati saya ketika itu...hahahaha....panas membara macam gunung berapi nak meletus..adunan kek yang telah dicampur dengan telur tidak boleh terlebih pukul...ini akan menyebabkan adunan kek menjadi merekah... kejadian ini mengingatkan saya bahawa kita perlu masak dalam keadaan tenang dan penuh kasih sayang baru masakan kita sedap dan menjadi dengan elok dan cantik.....

dah macam gunung berapi...hahaha

walaupun rupa tak cantik tetapi tetap moist dan sedap....


Resepi ( blog che mat gebu):

125gm butter kualiti tinggi (Anchor atau SCS)
90gm gula kastor
125gm tepung gandum (ayak)
1 camca teh baking powder (ayak)
3 biji telur
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu cair/segar
Sedikit pewarna

Cara:
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu...
3.Setelah adunan sebati masukkan esen vanilla dan susu...
4.Masukkan tepung (guna kaedah kaup balik sahaja)..
5.Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan...
5.Masak pada suhu 180 dalam masa 30-35 minit....

SELAMAT MENCUBA........




Tuesday 22 October 2013

PUTRAJAYA.....

Kayuh basikal sampai penat......

Tajuk di atas macam pergi putrajaya naik basikal pulak...kihkihkih...sebenarnya kami dan family kakak bersantai di tengahari rembang dengan berbasikal di taman botani putrajaya...rasa nak tercabut lutut mengayuh basikal...rasanya kali terakhir naik basikal masa ting 5 dulu...sekarang ni dah jadi mak budak kepada 3 org anak dan umur pun semakin meningkat memang semput....huhuhuhu....





Jom berbasikal

Bayaran untuk sewa basikal

Sambil berbasikal kita boleh singgah di Astaka Morocco......





Inilah serba sedikit jalan-jalan santai di Putrajaya......jumpa lagi di lain entri......