Sunday 29 June 2014

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.....

Assalamualaikum......

Salam Ramadhan untuk rakan-rakan semua.....hari ni saya belum lagi mahu berkongsi kisah Ramadhan tetapi berkongsi pengalaman dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana tentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia..... 

28 Jun 2014 saya menghantar anak saudara saya mendaftar ke UPNM....untuk pengetahuan rakan-rakan semua, pendaftaran UPNM amat jauh berbeza dengan pendaftaran universiti lain....sebenarnya anak saudara saya telah menjalani pemilihan Pegawai Kadet selama 2 minggu di Kem Terendak, Melaka.....Selepas saringan di sana, seterusnya mereka akan mengikuti kursus Tunas Wira selama 6 minggu di Kem Sungai Besi....hanya mereka yang layak dari segi mental dan fizikal sahaja yang terpilih.....selama mereka di sana memang terputus hubungan dengan ibu bapa kerana tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit....memang satu cabaran mental untuk anak dan juga ibu bapa....semua ini bertujuan untuk membina jati diri kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di sini.....

Dari penceritaan anak saudara saya memang mereka menjalani latihan ketenteraan yang agak memenatkan.....tetapi biarlah itu menjadi rahsia dan pengalaman peribadi dia kan....dia sendiri yang berminat untuk memasuki UPNM jadi dia sendiri perlu menghadapinya....saya sendiri sebelum ini tidak mengetahui tentang latar belakang UPNM ini.....tetapi dari apa yang saya lihat memang semua pelajar di sini mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi.....

Setelah tamat mengharungi tunas wira, para pelajar mendaftar semula ke kampus pada hari sabtu.....bagi saya bukan mendaftar tetapi ibu bapa menghantar kembali anak ke sana tetapi berbeza sedikit kerana telefon bimbit sudah dibenarkan....para pelajar akan menjalani minggu orientasi selama seminggu dan seterusnya akan kembali ke kuliah dan juga meneruskan latihan ketenteraan......

Di sini saya sertakan serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.....




Kawalan keselamatan sangat ketat....perlu tinggalkan kad pengenalan di pintu utama untuk memasuki kawasan universiti....UPNM terletak di dalam kawasan Kem Sungai Besi......

Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak di sini sahaja....di bawah panas terik matahari...hehehehe

Mengimbau kenangan semasa masuk PULAPOL dulu ke...hehehehe

Teringat kenangan 12 tahun lepas semasa mendaftar sebagai pelajar baharu di UUM.....masa tu kamera pun tak mampu nak beli lagi....hehehehe.....tiada gambar kenangan jadi hari ini bergambar dengan anak saudara dan anak sendiri untuk dijadikan kenangan kepada mereka nanti....




Antara ibu bapa yang hadir....lebih kurang 500 pelajar yang mendaftar....

Selagi tak dipanggil oleh pegawai yang bertugas selagi itu kita bergambar.....

Nampaknya anak saudara lebih tinggi dari mak saudara......



Yang paling penting pergi ke mana-manapun mesti berkawad....


Ini merupakan pakaian rasmi bagi pelajar junior ataupun asasi....selepas ini semua pelajar akan dibekalkan dengan uniform untuk hadir ke kuliah....


Warna kulit pun semua sama je....hehehehehe

Diharapkan entri ini dapat memberi sedikit gambaran dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana....saya juga mengharapkan anak saudara saya dapat belajar bersungguh-sungguh dan juga dapat menghadapi latihan ketenteraan dengan penuh sabar dan disiplin......ini merupakan satu-satunya universiti yang paling berdisiplin di dalam Malaysia.....


Berjumpa lagi di lain entri dan selamat menjalani ibadah puasa.....




Saturday 21 June 2014

Hari terbuka Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang.....

Apa yang menarik pada nombor 16.....


Assalamualaikum......

Hari ni buat pertama kali saya hadir ke sekolah untuk menandatangani buku rekod pembelajaran kakak Syifa Umaira.....teringat zaman saya sekolah dahulu cikgu kelas akan memberi kita buku rekod untuk dibawa pulang dan ditunjukkan kepada ibu bapa....masa itulah ada sesetengah pelajar yang mendapat keputusan yang teruk akan meniru tandatangan ibu bapa kan.....(saya tak buat macam ni ye...hehehehehe)...sebenarnya dengan zaman teknologi sekarang ni ibu bapa boleh melihat keseluruhan keputusan peperiksaan anak secara online....jadi anak-anak memang tidak berpeluang langsung untuk menyembunyikan keputusan dan prestasi mereka dalam pelajaran....

Sebelum datang ke sekolah kakak Syifa Umaira saya sudah mengetahui keputusannya.....syukur Alhamdulillah kakak lulus semua subjek.....mungkin ini baru peringkat awal...masih panjang lagi perjalanan hidupnya......semoga dia akan teruskan kecemerlangannya....

Berbalik kepada tajuk entri di atas, di sini saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya sahaja....semua yang saya kongsi di sini adalah dari pembelajaran saya sebelum ini, pembacaan buku dan juga pengalaman saya menjalani latihan praktikal di Agensi Dadah Kebangsaan dan juga Sekolah pemulihan akhlak serta pengalaman bekerja di syarikat motivator terkenal dahulu sebelum saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.....

Terdapat segelintir ibu bapa zaman sekarang terlalu memaksa anak-anak tanpa melihat kemampuan dan potensi sebenar anak mereka.....bagi saya anak-anak perlukan lebih pujian....apabila anak-anak mendapat nombor 1 dan markah 100% diberi pujian tetapi apabila anak menunjukkan prestasi yang tidak boleh dibanggakan langsung tidak ada kata-kata pujian atau semangat untuk anak-anak....
Sebagai contoh di FB pada minggu ini banyak sekali rakan-rakan saya mengupload keputusan anak mereka yang begitu cemerlang...tiada langsung keputusan yang biasa-biasa atau luar biasa....tetapi untuk berlaku adil saya beranggapan anak-anak rakan FB saya semua dapat keputusan peperiksaan yang bagus.....Alhamdulillah...

Dari kecil lagi kita selalu memberi pujian kepada anak sebagai contoh apabila anak sudah pandai duduk sendiri atau berjalan, cepat sahaja kita akan berkata 'pandainya anak emak' tetapi apabila anak sudah melangkah ke alam persekolahan seolah-olah kita sudah lupa untuk mengucapkan perkataan pujian.....

Saya juga agak kecewa dengan beberapa keputusan peperiksaan anak saya di sekolah.....memang diakui saya memang seorang ibu yang sangat garang dengan anak-anak berbanding suami saya....sebagai contoh apabila dia membawa kertas peperiksaan bahasa arab pulang ke rumah hanya perkataan ini yang saya ucapkan 'baguslah kakak dapat 50 dalam bahasa arab.....lain kali mak nak tengok banyak lagi jawapan yang betul ye'...tetapi dalam hati berkata (Ya Allah.....hehehehehe)...memang saya tidak marah langsung kepada dia sebab saya tahu kemampuan diri dia sebenar.....

Saya juga rasa tidak selesa apabila bandingkan anak-anak kita dengan anak orang lain......semua ini akan merendahkan tahap keyakinan diri dia...jangan sesekali kita memuji anak orang lain di depan anak kita...sebagai contoh 'tengok Siti tu dia dapat nombor 1 dan markah 100...dia pandai dari kakak...mak nak kakak jadi macam dia'..(no....no....no....)....ini merupakan ayat yang membuatkan anak-anak menjadi terlalu rendah diri...kita cuba tukar kepada ayat 'anak mak memang pandai.....usaha lagi...mak tahu kakak mesti boleh'........saya ni dah macam nak jadi pakar motivasi tidak bertauliah pulak...kihkihkih....

Untuk pengetahuan rakan-rakan kakak Syifa Umaira hanya boleh membaca 6 bulan sebelum melangkah ke tahun 1 sedangkan rakan-rakan yang seusia dengannya sudah boleh membaca dengan lancar....bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu apabila anak masih tidak tahu membaca pada usia 6 tahun....syukur Alhamdulillah saya bertemu dengan seseorang yang telah mengajar anak saya membaca dalam tempoh 3 bulan sahaja...bermula dari situ saya telah mendapat panduan bagaimana kita sebagai ibu bapa perlu membantu perkembangan anak-anak kita...kita perlu saling bantu membantu dan tidak mengharapkan guru sahaja.....

Saya tetap berbangga dengan keputusan peperiksaan dan kedudukan 16 dalam kelas yang seramai 43 orang pelajar....sekurang-kurangnya dia mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.....saya tidak marah dengan anak saya sebab saya tahu kemampuan diri dia....di rumah memang sangat sukar untuk dia membuat kerja rumah yang saya berikan....ada sahaja alasan yang dia berikan....lenguh tangan la...cikgu ajar lain la....letih la dan macam-macam lagi....saya masih lagi memberi dia peluang kerana dengan usia yang masih di tahun 1 banyak lagi potensi sebenar diri dia yang kita tak tahu lagi.....saya hanya mengikuti perkembangan dia melalui guru-guru yang mengajarnya......yang sentiasa saya ingatkan kepada anak saya ialah hormati guru,sayang guru dan beri tumpuan semasa guru mengajar....itu yang paling penting.......

Panjang pulak perkongsian saya untuk entri kali ni....hehehehe.....


Selepas ambil buku laporan prestasi.....

Lupa nak ambil gambar dengan guru kelas kakak kan.....terima kasih cikgu Hamidah....


Nak balik dah.....inilah sekolah kakak....bangunan sekolah dah macam zaman jepun...hehehehehe

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun.....semoga berusaha lagi....

Berjumpa lagi di lain entri.....


Sunday 15 June 2014

Mini bun pizza dan chicken floss....

Assalamualaikum......

2 minggu saya cuti dari mengambil tempahan roti dan juga buat untuk anak-anak...sejak pulang dari kampung tak sihat...batuk tak berhenti dan juga tonsil bengkak...macam-macam petua dah dicuba dan begitu juga berpantang dari minum ais....tapi keadaan masih juga sama.....akhirnya saya mengambil keputusan  minum juga air batu sebab keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ni memang tak boleh tahan...semalam saya terus minum air bergas dalam keadaan cuaca yang sangat membahang di Putrajaya.....bangun pagi hari ni terus tekak rasa elok.....ajaib betul...hehehehe...rakan-rakan di luar sana jangan pula tiru cara saya ye.....mungkin secara kebetulan sahaja...

Berbalik kepada tajuk entri di atas saya memang 'meroyan' betul kalau tak meroti dalam seminggu....sejak menghadiri kelas asas roti tempohari memang saya tak beli roti di bakeri lagi kecuali roti gardenia sebab masih belum pandai membuat roti loaf...kalau dah pandai nanti mesti dah tak pandang roti yang jual kat kedai....hehehehe

Seperti yang dikatakan oleh chef yang saya belajar dulu sebenarnya memang senang untuk membuat roti....doh roti yang sama kita boleh pelbagaikan apa yang kita nak....cuma kali ni saya lakukan sedikit perubahan dan penambahbaikan dalam resepi yang asal ni...di sini saya menggunakan superbake menggantikan bread improver,bread softener,water roux,telur dan juga baking powder....superbake ini adalah keluaran dari syarikat bumiputera dan dijamin halal...roti memang lembut dan gebu seperti kita beli di bakeri....

Resepi yang saya gunakan ini bukan 100% saya gunakan dari kelas asas roti yang saya hadir...saya gabungkan antara kelas yang saya hadir dengan resepi dari kelab roti di FB....saya buat untuk kesesuaian anak-anak saya di rumah ni....saya memang suka buat eksperimen di dapur...apabila sesuatu itu berjaya memang rasa sangat puas hati...di sini saya kongsikan resepi yang saya gunakan....

Resepi doh roti :

500 gm tepung gandum
80 gm shortening (boleh juga menggunakan marjerin)
30 gm susu tepung (saya guna susu dutch lady anak saya)
11 gm yis
60 gm gula
265 ml air sejuk peti ais
secubit garam
5 gm superbake

* sekiranya tidak menggunakan superbake rakan-rakan perlu memasukkan 1sk bread softener dan juga 1 sk bread improver....

Cara - cara :
Dengan menggunakan bread maker masukkan bahan cecair dahulu diikuti dengan bahan-bahan kering....pilih untuk menu dough....untuk BM yang saya gunakan ini,saya menguli sebanyak dua kali...selesai menguli terus bentukkan dan rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda....



Doh 50gm dibulatkan dan di leperkan di dalam bekas......

Setelah naik 2 kali ganda boleh letak topping kegemaran.....kali ini saya membuat mini pizza dan chicken floss....

Doh akan naik lagi semasa dibakar.....

Dah siap.....nampak macam sedap....hehehehe

Setelah doh sejuk baru disapu mayonis yang dicampurkan sedikit dengan susu pekat manis serta ditabur dengan chicken floss.....

Mini pizza ni yang menggoda anak-anak...tak sabar diaorang nak makan....

Diharapkan rakan-rakan di luar sana dapat mencuba resepi roti yang saya sertakan.....sekiranya tidak ada BM atau mixer boleh di uli menggunakan tangan....campurkan semua bahan kering masukkan shortening dan air....uli sehingga doh tak melekat di tangan...untuk lebih mudah masukkan doh di dalam plastik dan picit2 doh sehingga lembut.....

SELAMAT MENCUBA.....



Saturday 14 June 2014

PESTA FLORIA PUTRAJAYA 2014....

Assalamualaikum.....

Berjumpa lagi di entri terbaru.....tak sabar saya nak masukkan entri ini sebab saya nak promosi kepada rakan-rakan semua....perjalanan saya ke sini pun semuanya tanpa dirancang...saya sendiri pun tidak tahu hari ni bermula pesta floria di Putrajaya....sebenarnya tujuan saya ke Putrajaya kerana ingin bertemu kakak saya yang akan pulang ke Johor.....setahun sekali baru berjumpa jadi kami berjanji untuk bertemu di sini.....

Terlihat pula ada pesta floria jadi kami singgah di sini.....saya pula tak bawa kamera jadi hanya menggunakan kamera telefon sahaja....jadi kualiti gambar memang tidak memuaskan....kami pula hanya sempat bergambar di bahagian pameran taman dan bunga sahaja kerana cuaca memang 'hot and spicy'......jadi dinasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berkunjung ke sini untuk membawa payung, topi dan yang paling penting air mineral botol besar....hehehehehe....untuk bahagian jualan bunga memang tak sempat nak bergambar.....memang tersangat membahang dan panas...

Pesta Floria ini berlangsung dari 14 Jun hingga 22 Jun....dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.....bayaran masuk untuk dewasa RM3 dan kanak-kanak dari 7 - 12 tahun RM1.00.....


Payung tu saya bawa sendiri ye bukan jatuh dari atas...hehehehe



Anak-anak sangat suka tengok benda ni....









Macam pengantin baru ke......hehehehe



Bermacam-macam pameran dan juga jualan bunga di sini tetapi saya hanya dapat berjalan separuh perjalanan sahaja...kesian dengan anak-anak....stroller untuk anak pun saya tak bawa sebab perjalanan yang tidak dirancang......

Semoga dengan sedikit panduan ini dapat memberi gambaran kepada rakan-rakan yang ingin berkunjung ke sana......

SELAMAT BERKUNJUNG......

Wednesday 11 June 2014

Aktiviti PERKEP......

Lawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA....

Assalamualaikum....
Dah bersawang dan berhabuk nampaknya blog saya ni......entri yang 2 bulan lepas baru sekarang nak update.....memang masa terlalu cepat  berjalan.....sehari 24 jam memang tak cukup rasanya...nak uruskan anak-anak,kerja rumah,memasak dan macam-macam lagi memang tak sempat nak update blog selalu....

Mungkin selepas ini kena disiplinkan diri lagi dalam pembahagian masa.....entri resepi terbaru terutama roti juga dah lama saya tak masukkan...harap dapat bersabar ye pengunjung blog.....update terbaru selalunya saya akan linkkan di FB saya...jadi rakan-rakan fb tidak akan tertinggal dengan cerita terbaru saya di sini...

Berbalik kepada entri ini sebenarnya bukan selalu PERKEP ada aktiviti seperti ini...saya juga hanya terlibat sekiranya aktiviti ini dibuat di tempat kami....sangat sukar untuk tinggalkan anak-anak yang masih kecil dengan suami...walaupun ini hanya untuk isteri sahaja tetapi untuk sesi pagi suami juga terlibat...terpaksa la saya letakkan anak-anak di dalam balai polis.....Anggota di sana secara tidak langsung menjadi pengasuh kepada 3 orang anak saya beserta 3 lagi kanak-kanak...hehehehe...

Jom kita tengok antara aktiviti yang kami jalankan.....






Hanya ambil gambar....saya tak sertai lawatan menaiki bot.....mabuk laut...hehehehe

Rombongan telah sampai ke jeti.....

Aktiviti kedua ialah melawat rumah PERKEP....



Antara hasil kerja tangan ahli-ahli Perkep....

Sesi menandatangani buku pelawat...







Aktiviti ketiga makan tengahari dan majlis dialog....


Antara menu makan tengahari yang disediakan.....




Macam ada sesuatu perbincangan yang serius antara saya dan pengerusi Perkep Wilayah 1.....hehehehehe


Emak dan abah ada aktiviti di dewan anak-anak kena tinggal di balai polis.....tetapi diaorang pun ada aktiviti sendiri juga....hehehehehe



Masing-masing tengah leka dengan mainan....

Aktiviti hanya tamat jam 5 petang.....walaupun penat tetapi puas hati kerana majlis berjalan dengan lancar......semua ini menjadi satu pengalaman dan pembelajaran di dalam hidup saya....



Berjumpa lagi di entri yang terbaru.......