Friday 21 February 2014

Biskut lapis cheese

Cheesekut......

Assalamualaikum semua......kali ini saya ingin berkongsi resepi untuk menambahkan lemak-lemak manja di badan...hehehehe

Saya sebenarnya bukan penggemar makanan yang berasaskan cheese tetapi saya suka mencuba sesuatu resepi....hari khamis yang lepas pihak tadika meminta saya untuk menyediakan 2 jenis kuih untuk mesyuarat...jadi saya telah menyediakan puding roti dan biskut lapis cheese.....

Saya dapat tahu mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut sangat suka dengan cheesekut yang saya buat......syukur sangat

Saya perolehi resepi ini dari blog evelyn gemina...saya memang jatuh hati dengan blog lyn ni sebab hiasan keknya sangat cantik....

Jom kita semak resepi....

Sumber dari http://mybakingworkshop.blogspot.com/2014/01/biskut-lapis-cheese.html
Bahan-bahan :

A
250gm cream cheese
250gm susu pekat

B
1 peket biskut masin (golden cracker julies)

C
Oat / nestum

Cara-cara :
1.Sediakan loyang atau bekas yang bersesuaian...
2. Pukul bahagian A sehingga lembut dan berkrim..
3. Susun biskut dengan kemas dan padat di dalam loyang atau bekas...
4. Sapukan rata adunan cheese di atas biskut....kemudian taburkan bahagian C..
5. Ulang sehingga habis semua biskut dan adunan cheese...
6. Sejukkan di dalam peti ais 1-3 jam atau semalaman.....

Antara bahan-bahan yang diperlukan....

Inilah hasilnya tetapi tak boleh nak tunjuk lebih sebab cheesekut ni perlu dihantar ke sekolah tadika....hehehehe

SELAMAT MENCUBA........




Thursday 20 February 2014

Roti bun kacang merah.....

Kembali meroti....

Semenjak saya join kelab roti dalam facebook hari-hari saya intai group ni untuk ketahui resepi terbaru untuk membuat roti.....sebenarnya banyak ilmu yang dikongsi di dalam group ni...semua ahli tak kedekut ilmu dan tips-tips membuat roti termasuk admin kelab roti Pn.Jannah.....terima kasih sekali lagi....

Saya belajar meroti ni pun dari pembacaan buku,rujukan di blog dan juga kelab roti di facebook....saya belum pernah menghadiri kelas membuat roti sebab saya hanya buat untuk suami dan anak-anak sahaja ataupun untuk dibawa sekiranya ada mesyuarat PERKEP atau tadika je....belum sampai masanya lagi untuk saya berniaga....hehehehe...

Resepi ini saya ambil dari file Kelab roti dan saya panjangkan di sini...maaf ye sebab saya tidak tahu pemilik asal resepi ini..cuma yang saya tahu dari blog izan....doh asas ini bukan sahaja boleh buat bun kacang merah tetapi kita boleh pelbagaikan inti dan pelbagai jenis bun.....terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang diberi....di sini saya cuma ubah penggunaan tepung sahaja...tetapi kejadiannya memang menarik.....tiada penggunaan water roux,bread improver atau bread softener roti tetap gebu walaupun sudah sejuk....

Sumber :Kelab roti / blog izan

Bahan-bahan :
500gm tepung roti / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
250 ml air sejuk + 5 ketul ais kiub (ais kiub ini saya tambah)
80gm butter/marjerin
1 biji telur
85gm gula kastor
1 sk garam
30gm susu tepung
11 gm yis (sepeket)

Cara-cara :
1. Dengan menggunakan BM masukkan bahan cecair seperti air dan telur....Masukkan garam.
2. Masukkan tepung,mentega,gula,susu tepung dan yis...
3.Saya menggunakan fungsi no 8 iaitu doh untuk menguli tetapi di uli sebanyak 2 kali bertujuan untuk mendapatkan doh yang lebih elastik....
4.Setelah siap di uli kita tidak perlu menunggu doh naik tetapi boleh terus bentukkan atau mengisi inti di dalam doh....
5.Pastikan tangan kita berminyak untuk memastikan doh tersebut tidak melekat di tangan....
6.Setelah dibentuk tunggu doh naik 2 kali ganda...
7.Sapu di atas doh susu segar dan dibakar pada suhu 190 selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing....

Inilah yang dikatakan doh yang elastik...apabila ditarik tidak putus.....

Doh yang telah naik 2 kali ganda...saya hanya buat separuh doh sahaja kerana separuh lagi saya frozenkan untuk membuat mini pizza untuk sarapan pagi esok....hehehehe

Hasilnya tetapi hangus sedikit sebab oven saya yang memang bermasalah....

Gebu dan lembut...

SELAMAT MENCUBA.......



Friday 14 February 2014

Grand Lexis Port Dickson......

Setelah lama menyepi.....

Setelah hampir 2 bulan menyepi dari dunia blog kini saya kembali....hehehehe.....bukannya merajuk tetapi kekangan masa yang membuatkan saya terpaksa menyepikan diri seketika.....saya masih menyesuaikan diri dengan keadaan anak yang sulung melangkah ke tahun 1 menyebabkan jadual saya memang padat.....tambahan pula menjadi 'mak supir' setiap hari menghantar anak ke sekolah....banyak sebenarnya cerita dan resepi yang menarik untuk saya kongsikan tetapi untuk entri kali ini saya akan ceritakan tentang ulangtahun perkahwinan saya yang ke 8 dan birthday suami yang ke 34 tahun....

Sebenarnya setahun saya menyimpan impian untuk ke Grand Lexis...melihat kepada harga bilik yang ditawarkan boleh menyebabkan kita berfikir 10 kali (itu bagi golongan macam saya le tetapi kalau orang lain mungkin pejam mata je kan....hehehehe).....setahun saya menyimpan duit semata-mata untuk ke sini sempena ulangtahun perkahwinan kami....

Apa yang menariknya di sini sehinggakan saya sanggup menyimpan duit selama setahun untuk bercuti ke sini......pada saya hotelnya sama seperti hotel yang lain cuma yang menarik perhatian saya kerana ada 'private swimming pool' di dalam bilik masing-masing....saya yang teruja lebih daripada anak-anak sebenarnya.....

Ada banyak pilihan bilik yang disediakan di sini...untuk kali ini kami memilih 'Premium pool villa - Above the sea' ....bagi kakitangan kerajaan boleh dapat diskaun 15% untuk bilik....

untuk lebih lanjut boleh melayari laman web ini http://www.grandlexispd.com/

Akhirnya pada 17 Januari 2014 kami berada di sini....



Baru sampai kita posing dulu depan pintu bilik sebelum keadaan menjadi bersepah...hehehehe

Kami pilih bilik ini sebab disediakan 2 buah katil king saiz...jadi cukup untuk kami dan 3 orang anak....

Bilik air di dalam bilik kami....

Pantry juga disediakan....
-
Masa baru sampai anak2 masih tak nampak kewujudan kolam di dalam bilik ni...hehehe



Antara barang-barang yang disedikan di dalam bilik penginapan....

Penginapan jenis 'Above the sea"....

Inilah yang memang menjadi tarikan kepada saya untuk menginap di sini...


Sebelum kita semua terjun ke dalam kolam kita jalan-jalan dahulu di sekitar kawasan penginapan....







Akhirnya segala penantian berakhir....hehehehe....disebabkan setiap bilik penginapan di sini disediakan kolam jadi kita bebas nak mandi cara kuak lentang....kuak kupu-kupu ataupun nak jadi mermaid sekalipun kan.....kedalaman kolam adalah 4 kaki jadi anak-anak perlu menggunakan pelampung.....

Mak budak pun guna pelampung sebab takut tenggelam....hahahahaha

Shower juga disediakan di tepi kolam...kalau nak mandi kat sini pun boleh...walaupun 'open air' tetapi orang lain tak nampak pun kita tengah mandi di situ....

Anak-anak memang seronok le...kalau boleh sepanjang hari nak duduk dalam kolam je.....


Masa untuk balik...tamat percutian ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8...sebelum balik kita posing lagi......


Husband saya memang suka ambil gambar 'candid' tetapi dia langsung tiada dalam gambar kan....


Kepada yang ada anak-anak kecik macam kami ni tak perlu risau dengan keselamatan kolam ni....pada mulanya memang agak risau kalau di tengah malam tiba-tiba anak jatuh ke dalam kolam kan....sebenarnya pihak hotel menyediakan pintu keselamatan dan kunci pintu ini hanya boleh dibuka oleh orang dewasa sahaja....sebagai ibu bapa kita jangan cuai untuk menutup pintu keselamatan selepas menggunakan kolam....

Di sini juga disediakan perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil penumpang di bilik penginapan ke lobby hotel....

Sekarang tiba masa untuk 'pulang ke pangkal jalan'.....hehehehehe...diharapkan entri kali ini dapat memberi sedikit panduan kepada rakan-rakan yang berminat untuk ke sini....untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan harga bilik dan perkhidmatan yang disediakan di sini boleh berkunjung ke laman web yang telah saya sertakan....

Berjumpa lagi di lain entri.........