Monday 23 December 2013

Bukit Tinggi, Pahang

1 day trip......(bahagian 1 )

Selagi tak habis cuti sekolah selagi itu kita jalan-jalan pusing Malaysia...(ye ke....hehehehehe)....kali ni kita menjelajah Bukit Tinggi...bukan bukit tinggi Klang tetapi di Pahang ye.....

Setelah terbaca blog rakan-rakan yang lain saya mengambil keputusan untuk tidak menginap di sana...keputusan yang di ambil memang tepat kerana dalam masa 3 jam dah boleh habis menjelajah kat atas tu...di sini saya akan berkongsi pengalaman dan tips sekiranya rakan-rakan bercadang untuk ke sana......1 day trip ni lebih sesuai kepada rakan-rakan yang tinggal di Lembah Klang...walaupun penat tetapi dapat menjimatkan perbelanjaan untuk penginapan dan makanan.....

Sampai sahaja di sana bayaran masuk untuk dewasa adalah RM12...kanak-kanak 4-12 tahun RM8...sekiranya kita menginap di sana bayaran ini akan dikembalikan....







Sebenarnya dalam masa sejam kita boleh habis jalan-jalan di sekitar kawasan ini....yang menarik di sini hanyalah seni bina bangunan sekitarnya yang menempatkan hotel......lepas ambil gambar kami bercadang untuk ke Taman Jepun.....Di sini kita ada pilihan samada untuk membawa kenderaan sendiri ataupun menaiki 'lori' yang disediakan untuk pengunjung...Rasanya lebih elok menaiki kenderaaan yang disediakan kerana ianya percuma....jalan untuk naik ke atas memang mencabar sungguh...hehehehe......





Inilah lori yang telah diubahsuai untuk kemudahan pengunjung....

Bagi kawan-kawan yang ingin membawa anak kecil dinasihatkan supaya tidak membawa stroller.....Saya rasa kasihan dengan pengunjung lain yang terpaksa mengangkat stroller untuk ke puncak.....setelah sampai di sini kita perlu menaiki tangga yang boleh tahan tingginya....saya sendiri pun rasa nak tercabut lutut...terpaksa bergilir-gilir dengan suami mendukung Iqbal....hehehehe

Dari raut wajah dah boleh menggambarkan keadaan saya...hehehehe...tetapi saya rasa tercabar sebab ramai juga warga emas yang boleh mendaki sampai ke atas....saya yang berumur 30an pun tercungap-cungap tetapi mereka 'relax' je.....hahahaha

Ini baru separuh perjalanan.....ada separuh lagi yang perlu kita mendaki...hehehehe


Akhirnya setelah berpeluh - peluh sampai juga...hahahaha

Dinasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin ke sana sila memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian...kita ke sini bukan menghadiri majlis perkahwinan yang perlu pakai kasut tinggi dan baju 'peplum'...hehehehe...ada pengunjung terpaksa berkaki ayam dan memegang kasut tinggi untuk sampai ke sini....make up pun cair bila sampai ke atas.....



Baju kimono ini kita perlu sewa dengan bayaran RM20......

Auntie yang bertanggungjawab memakaikan saya pakaian ini....hehehehe





Ini adalah sebahagian pengalaman dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin berkunjung ke Bukit Tinggi, Pahang.....

Berjumpa lagi di bahagian kedua 1 day trip ke Melaka.......









No comments:

Post a Comment