Tuesday 24 September 2013

PIZZA TUDUNG PERIUK........

Kali ini kita berkongsi bagaimana nak membuat pizza...ini percubaan kali ke2 saya membuat doh pizza...kali pertama doh menjadi keras apabila berada pada suhu bilik...tetapi untuk resepi kali ini doh pizza tetap lembut walaupun seharian...memang puas hati sangat...doh yang kita bancuh ini boleh dipelbagaikan resepinya..samada untuk doh pizza,roti sosej,roti pintal dan semua jenis roti....

Untuk topping sebenarnya bergantung kepada kita...boleh letak sosej,daging cincang,cendawan butang atau kita tiru je topping kat pizza hut tu...hihihihi....tapi saya hanya menggunakan bahan2 yang ada di rumah supaya tidak melakukan pembaziran.....kita semak bahan2 yang perlu ada untuk membuat pizza.....




Bahan2 :

250gm tepung roti
15gm butter
20gm gula
secubit garam
1 biji telur
170ml susu segar (jumlah sukatan susu + 1 biji telur)
1 s/k dry yeast
40 gm tepung susu (saya guna susu dutch lady iman...hehehe)

Cara2:
1.Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam bekas atau breadmaker.Masukkan campuran susu tadi sedikit demi sedikit....(saya uli guna tangan je)
2.Bila doh dah sebati baru masukkan butter.Uli lagi sehingga doh elastik.....(perlu kekuatan tangan ye....)
3.Keluarkan dari bekas dan tumbuk untuk keluarkan angin....Bahagikan kepada 2 bahagian...Rehat selama 10 minit.
4.Ambil sebiji doh dah tekan untuk keluarkan angin.Buat semula bentuk bulat.Biarkan doh naik 2x ganda dalam 1 jam.....
5.Boleh leperkan di atas tudung periuk....agak2 le nak ketebalan yang macamana....cucuk dengan garfu permukaan doh.....Bakar dahulu pada suhu 180 selama 10 minit (bergantung pada oven masing2).
6.Keluarkan roti pizza dan sapukan sos spagethi di atas permukaan...boleh letak bahan2 topping yang anda suka....akhir sekali taburkan keju mozarella...masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 12-15 minit.....

Sebelum di bakar


Selepas di bakar


Pizza meleleh......

SELAMAT MENCUBA.......




Monday 16 September 2013

Suka- suka je....♥♥♥

Terlalu lama tak mengupdate blog......bukannya tiada resepi dan aktiviti yang nak dikongsi tetapi masa tidak mengizinkan......hari ni saje2 berkongsi gambar.....anak2 hari2 tidur lambat...jam 12 baru semua lena....tak boleh langsung nak pegang laptop.....harap lepas ni boleh la sentiasa dengan blog.....