Monday 5 May 2014

Roti sarang lebah....


Sudah terlalu lama bercuti dari berblog....sebenarnya ada lagi entry yang tertangguh tetapi di atas permintaan ramai saya masukkan dahulu cerita tentang roti sarang lebah...memang menjadi satu fenomena luar biasa roti ni.....terlalu ramai yang memuji kesedapan roti ni menyebabkan saya salah seorang yang memang teringin sangat untuk mencubanya......

Semuanya menjadi tertangguh disebabkan 2 orang anak saya secara bergilir-gilir dimasukkan ke hospital.....memang hebat cabaran sebagai seorang ibu apabila anak-anak sakit......tetapi itu semua dugaan dari Allah dan saya terima dengan redha....setelah keadaan menjadi seperti sedia kala maka mood 'meroyan' ke dapur mulalah datang...hehehehehe.....akhirnya tercapai juga hasrat nak buat roti sarang lebah....

Setelah mencuba memang tidak dinafikan kesedapan dan kelembutan roti ini dipadankan dengan sos butterscoth yang amat lazat....anak-anak pun suka sampaikan saya sendiri tak sedar dah masuk 6 ketul dalam mulut.....hehehehehe....terima kasih kepada empunya resepi iaitu Lydia Honey yang saya hanya kenal di alam maya......resepi ini saya dapat dari Kelab Roti di FB dan empunya resepi ini menetap di Kuwait.....semoga Allah murahkan rezeki beliau sekeluarga.....

Di sini saya sertakan resepi menggunakan breadmaker....untuk resepi asal beliau hanya menguli menggunakan tangan....

Resepi doh :

2 cawan tepung gandum
1/2 st yis
1/4 st garam
1/2 st baking powder
1 sb gula pasir
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air ais (sekiranya menguli dengan tangan menggunakan air suam sahaja)

Cara -cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker....Uli sehingga selesai....saya menguli 2 kali menggunakan breadmaker saya untuk mendapat doh yang lebih elastik...
2. Doh agak lembik jadi sapu tapak tangan dengan minyak dan bulatkan doh sebesar buah langsat.....Susun rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak....
3. Biarkan doh naik 2 kali ganda...kemudian taburkan almond flakes atau apa sahaja kekacang yang disukai....
4. Panaskan oven pada suhu 200...
5. Untuk 10 minit pertama gunakan api bawah sahaja.....5 minit yang terakhir pakai api atas bawah....
6. Masa membakar hanya 15 minit sahaja....Keluarkan dari oven dan boleh tuangkan sos butterscoth....

Butterscoth sauce :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu segar
Garam (saya tak letak)
1/2 st esen vanilla
25gm mentega

Cara-cara :

1. Panaskan susu segar di atas dapur sehingga suam...
2. Dalam periuk lain cairkan mentega dan masukkan gula perang sehingga larut sepenuhnya....pastikan api kecil dan dikacau selalu untuk mengelakkan gula menjadi hangus.....
3. Tuangkan susu perlahan-lahan dan dikacau sehingga sebati dan agak pekat...
4. Tutup api dan masukkan esen vanilla....




Doh yang dibulatkan sebesar buah langsat dan di susun rapat di dalam loyang....

Setelah doh naik 2 kali ganda saya tabur dengan pumpkin seed dan almond flakes...
Ini saya buat untuk anak-anak makan...dah macam sarang burung je sebab besar sangat...hehehehehe

Ini tempahan yang saya buat untuk jiran-jiran saya di kuarters ni....sos butterscoth saya asingkan di dalam bekas lain....



Tekstur roti yang gebu digabungkan dengan sos butterscoth memang sangat sedap.....

Sebenarnya sebelum saya berani untuk menjual roti ini kepada rakan-rakan, saya memang telah menghadiri kursus asas membuat roti dan bun....serba sedikit saya telah mendapat tips dan idea bagaimana untuk membuat roti yang gebu...ilmu yang saya dapat memang sangat berguna untuk diri sendiri dan juga dikongsi dengan rakan-rakan di luar sana....


SELAMAT MENCUBA.....