Wednesday 25 December 2013

Mr. Kabab & Biryani, Putrajaya.....

Putrajaya lagi.......

Minggu lepas sempena cuti sekolah kakak ke3 yang tinggal di Johor datang ke Klang....manakala kakak ke5 juga berada di Putrajaya untuk melawat keluarga mertuanya....

Apabila ada yang mempelawa untuk belanja makan nasi biryani mestilah perkataan 'setuju' laju je keluar dari mulut ni kan...hehehehe.....

Sebelum makan kami berjumpa di hadapan masjid Putrajaya...bukan senang nak berjumpa dengan orang Johor ni....setahun sekali je dapat berjumpa......hehehehe



Apabila sepupu dapat berjumpa tetapi ada lagi 8 orang yang tidak turut serta ni....hehehehe



Restoran Mr. Kabab & Biryani ni terletak di Jalan Diplomatik 3/6 berdekatan dengan Dewan Seri Seroja...kalau menuju ke sini kita akan jumpa dengan Pasaraya Mydin...




Ini antara menu-menu yang di sediakan di sini....kita boleh pilih samada untuk hidangan untuk 4 orang yang disediakan di dalam talam ataupun kalau kita hanya datang berdua boleh memilih hidangan untuk seorang.....

Grilled chicken with biryani rice

Chicken biryani with biryani rice

Lamb kabsa with mendy rice

Ini antara makanan yang dipesan oleh kakak saya untuk 3 keluarga....memang sangat sedap...berkemungkinan juga sebab ada orang belanja makan sudah tentu makanan tersebut bertambah sedap....hehehehe.....


Setelah kenyang semua boleh balik ke destinasi masing-masing...husband bertanya kepada saya sebelum pulang samada saya mahu singgah ke mana...tetapi saya terus cakap nak balik rumah.....sebab saya rasa macam 'ular sawa' kekenyangan....sampai rumah terus tidur....hahahahaha....terima kasih kepada cikgu Nora Hazlin sebab belanja kami makan....semoga murah rezeki kalian sekeluarga dan jangan lupa belanja kami lagi ye....hehehehehe








1 comment: