Wednesday 25 December 2013

Mr. Kabab & Biryani, Putrajaya.....

Putrajaya lagi.......

Minggu lepas sempena cuti sekolah kakak ke3 yang tinggal di Johor datang ke Klang....manakala kakak ke5 juga berada di Putrajaya untuk melawat keluarga mertuanya....

Apabila ada yang mempelawa untuk belanja makan nasi biryani mestilah perkataan 'setuju' laju je keluar dari mulut ni kan...hehehehe.....

Sebelum makan kami berjumpa di hadapan masjid Putrajaya...bukan senang nak berjumpa dengan orang Johor ni....setahun sekali je dapat berjumpa......hehehehe



Apabila sepupu dapat berjumpa tetapi ada lagi 8 orang yang tidak turut serta ni....hehehehe



Restoran Mr. Kabab & Biryani ni terletak di Jalan Diplomatik 3/6 berdekatan dengan Dewan Seri Seroja...kalau menuju ke sini kita akan jumpa dengan Pasaraya Mydin...




Ini antara menu-menu yang di sediakan di sini....kita boleh pilih samada untuk hidangan untuk 4 orang yang disediakan di dalam talam ataupun kalau kita hanya datang berdua boleh memilih hidangan untuk seorang.....

Grilled chicken with biryani rice

Chicken biryani with biryani rice

Lamb kabsa with mendy rice

Ini antara makanan yang dipesan oleh kakak saya untuk 3 keluarga....memang sangat sedap...berkemungkinan juga sebab ada orang belanja makan sudah tentu makanan tersebut bertambah sedap....hehehehe.....


Setelah kenyang semua boleh balik ke destinasi masing-masing...husband bertanya kepada saya sebelum pulang samada saya mahu singgah ke mana...tetapi saya terus cakap nak balik rumah.....sebab saya rasa macam 'ular sawa' kekenyangan....sampai rumah terus tidur....hahahahaha....terima kasih kepada cikgu Nora Hazlin sebab belanja kami makan....semoga murah rezeki kalian sekeluarga dan jangan lupa belanja kami lagi ye....hehehehehe








Tuesday 24 December 2013

Mini Malaysia & Asean Cultural Park, Melaka.....

1 day trip...(bahagian 2).....

Kali ini kami berkunjung ke Melaka hanya untuk ke Mini Malaysia sahaja.....rasanya ini kali ke4 kami berkunjung ke Melaka dan pertama kali ke sini....sebab sebelum ini taman mini Asean ini ditutup beberapa tahun untuk tujuan baik pulih dan penambahbaikan.....dalam masa sehari memang cukup untuk menjelajah Taman Mini Malaysia.......tempat seperti ini bagus untuk bawa rombongan sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid....macam anak saya yang masih kecil ini rasa macam tak sesuai....bila masuk ke dalam rumah berlari ke sana sini dan panjat tangga.....memang menguji kesabaran ditambah dengan cuaca yang sangat panas.....

Di dalam ini terdapat rumah setiap negeri untuk kita kunjungi...cuma rasa sedikit terkilan tidak semua rumah-rumah di sini disertakan dengan aktiviti...hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.....rakan-rakan boleh rujuk dengan gambar-gambar yang saya sertakan di bawah....




Bayaran yang di kenakan....

Rumah perlis...



Antara yang menarik di dalam rumah Perlis...

Rumah Pulau Pinang...


Rumah Kedah.....

Rumah Perak....


Aktiviti bermain gasing yang disediakan di rumah Perak....

Rumah Selangor....




Petting zoo ini berada di belakang rumah Selangor

Aktiviti di dalam rumah Negeri Sembilan


Rumah Negeri Sembilan

Rumah Melaka



Di dalam rumah Melaka ada menjual kuih tart nenas,cupcake


Rumah Johor


Rumah Kelantan

Semasa menuju ke sini saya dah berangan -angan tentu di dalam rumah Kelantan ni ada ditunjukkan cara-cara membuat keropok leko ataupun kuih muih tradisional Kelantan seperti kuih akok......rupa-rupanya tiada aktiviti seperti itu...hehehehe...diharapkan di masa akan datang pihak pengurusan perlu membuat aktiviti di setiap rumah agar memberi pendedahan bukan sahaja kepada pelancong asing tetapi pengunjung tempatan juga.....

Rumah Terengganu...

Mak budak ambil gambar duduk atas tangga boleh tetapi anak dara kurang sesuai....orang2 dulu selalu cakap nanti lambat dapat jodoh....hehehehe


Aktiviti yang dijalankan di dalam rumah Terengganu


Rumah Pahang


Rumah Sabah


Rumah Sarawak...

Ada persembahan di pentas utama....pentas besar tetapi penarinya 5 orang je.....anak saya pun join sekali menari...hehehehe


Walaupun penat dengan cuaca yang panas tetapi berbaloi dengan pengalaman dan cara-cara melayan anak dengan penuh kesabaran.....hehehehe.....
SELAMAT BERCUTI.....