Monday 14 April 2014

Quiche berinti sosej dan cheese......


Assalamualaikum semua.....

Sekarang ni macam terajin sangat mencuba resepi baru.....tengok rakan-rakan blogger boleh buat macam-macam resepi membuatkan hati ni meronta-ronta nak cuba...di dapur adalah tempat untuk saya terapi minda...hehehehe

Kali ni saya mencuba resepi quiche....sebutnya macam susah je tapi sebelum saya dapat resepi yang mudah ni pernah terbaca di blogger omputih ni buat quiche ni menggunakan doh yang dibancuh sendiri.....semalam saya terjumpa dalam satu blog tu hanya menggunakan roti gardenia je....terima kasih kepada empunya resepi...tetapi saya hanya mengambil sebahagian sahaja resepi ini sebab saya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah...memasak ni mudah sebenarnya...jangan kita stress atau pening kepala kalau bahan tak cukup....memasak perlu kreatif kan....

Saya juga linkkan blog yang asal supaya rakan-rakan boleh juga merujuk resepi sebenar di sini....di sini saya sertakan resepi yang saya olah sendiri....

Bahan - bahan : 
(sumber dari blog selera sakura)

3 keping roti gardenia
1/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 batang sosej (direbus dahulu dan dihiris )
Garam
Cheese mozarella
Daun sup (dihiris nipis)

Cara - cara :
1. Letakkan roti ke dalam muffin pan...
2. Bancuh susu dan telur...Masukkan garam...
3. Masukkan sosej yang telah dihiris...
4. Tuangkan bancuhan susu dan telur tadi...
5. Taburkan cheese dan daun sup...
6. Bakar pada suhu 170 selama 20 -30 minit...



Disebabkan saya tiada muffin pan yang berwarna hitam jadi kita perlu sapu mentega di sekeliling muffin pan sebelum meletakkan roti supaya tidak melekat....Saya hanya buat 3 keping sahaja tadi untuk percubaan kali pertama.....

Sebelum dibakar selepas diletakkan semua bahan....

Sila abaikan muffin pan yang comot ni sebab saya beli benda ni sejak tahun 2007......hehehehe

Setelah siap dibakar....

Apabila dikeluarkan dari muffin pan akan jadi bentuk bunga seperti ini....

Sangat sedap dan mudah.....Boleh pelbagaikan intinya seperti meletakkan tuna......


SELAMAT MENCUBA......

Friday 11 April 2014

Karipap kentang.....


Assalamualaikum semua.....

Semalam mood rajin datang....sambil sediakan masakan tengahari ternampak ubi kentang yang dah hampir 2 minggu dibeli...terfikir juga untuk buat kuih kegemaran en suami sebab rasanya dah lama betul tak buat...asyik buat makanan kegemaran untuk anak-anak je.....sambil-sambil masak saya buat inti karipap....sebab saya suka inti karipap yang telah di masak dimasukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu....ini kerana mudah kita untuk masukkan ke dalam doh nanti dan untuk mengelakkan dari berair....itu memang cara saya sejak dari dahulu lagi....

Berbalik kepada resepi pastri karipap ni memang saya setia dengan resepi ni sejak dari dulu lagi sebab bahan-bahan sentiasa ada di rumah.....pernah juga terbaca pastri karipap digabungkan dengan 3 jenis tepung seperti tepung gandum,tepung pulut dan tepung ubi tetapi saya belum pernah mencubanya lagi....pastri yang saya hasilkan menggunakan resepi ini tetap rapuh....

Untuk inti rasanya terpulang kepada individu masing-masing....di sini saya letakkan resepi pastri dan inti karipap yang saya dapat dari blog Ros....

Pastri karipap rapuh (blog Ros) :

400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sb marjerin
1/2 cawan air sejuk  (letak 5 ketul kiub ais)
secubit garam

Inti :

5 - 6 biji kentang saiz sederhana (boleh juga menggunakan keledek)
1 burger ayam Ramlee (boleh ganti dengan udang kering atau ikan bilis)
2 sb serbuk kari
1 sb cili kisar
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
garam dan gula

- bahan yang bertanda * ditumbuk halus....tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan cili kisar beserta serbuk kari.....masukkan kentang dan air.....masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi kering....Perasakan dengan gula dan garam..... 

Cara -cara :
1. Panaskan minyak bersama marjerin...
2. Masukkan garam ke dalam air sejuk...
3. Curahkan minyak dan marjerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung gandum....gaul dengan menggunakan sudu sbb panaskan...
4. Sebatikan dan akan menjadi berketul-ketul seperti serbuk roti...
5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh....Setelah permukaan doh agak licin, balutkan doh dengan plastik dan perap di dalam peti ais selama 1 jam...
6. Keluarkan doh dari peti ais dan bahagikan doh kepada bahagian kecil...saya timbang setiap doh 25gm...boleh juga terapkan doh menggunakan acuan tetapi saya lebih suka buat secara manual walaupun saiznya ade kecik ade besor...
7. isikan inti dan kelim seperti biasa....saya dah biasa kelim sendiri sebab saya belajar teknik kelim karipap ni dari mak saya sejak saya sekolah menengah lagi...
8. Panaskan minyak dan goreng karipap menggunakan api yang sederhana.... 




Budak ni sibuk je nak jadi model kuih karipap...hehehehe

Adunan ini boleh dapat sebanyak 22 biji karipap....kalau nak frozenkan cuma masukkn ke dalam plastik atau bekas dan masukkan ke bahagian sejuk beku...

Dah siap juadah untuk minum petang....

SELAMAT MENCUBA.......


Tuesday 8 April 2014

Pop Corn....

Resepi ini sebenarnya sudah hampir 5 bulan duduk dalam buku resepi saya....sebenarnya saya sedang mengumpul resepi yang menggunakan pemanggang ajaib.....seperti yang kita tahu pemanggang ni mempunyai 1001 kegunaan jadi kita perlu manfaatkan penggunaannya......saya kalau beli sesuatu mesti digunakan bukan hanya tersimpan di dalam almari sebab nanti ada suara yang akan menyindir....hehehehe

Saya dapat resepi ni dari FB dan saya pun lupa empunya resepi ini....terima kasih banyak kepada empunya resepi dan saya panjangkan di sini.....dalam resepi tersebut hanya menggunakan kuali biasa dan ditutup selepas masukkn jagung kering tetapi saya menggunakan pemanggang ajaib.....walaupun hanya menggunakan secawan jagung kering tetapi hasilnya memang penuh satu pemanggang dan apabila dibuka penutupnya sampai melompat-lompat keluar...hahahahaha.....sebelum ni seorang rakan pernah memberitahu saya petua sekiranya anak lambat bercakap apabila bertih jagung tu melompat keluar biarkan anak kita kutip dan makan...tetapi saya tak pasti keberkesanannya......hehehehehe...sekadar perkongsian sahaja....

Berbalik kepada homemade pop corn ni apabila siap memang dapat satu balang besar dan memang jimat dan berbaloi......jom kita cuba sama-sama....



Inilah biji jagung untuk buat pop corn....banyak ni cukup untuk dapat sebalang pop corn...kalau buat 3 bungkus rasanya boleh jamu sekampung rasanya....hehehehe

Biji jagung yang telah kembang....penuh dalam pemanggang ajaib ni 

Dah siap selepas diletakkan karamel....memang rasa macam yang kita selalu beli....

Penuh sebalang....anak-anak terus serbu....hehehe

Bahan - bahan :
1 cawan jagung kering
2 sb butter
2 sb minyak jagung
*Panaskan butter dan minyak ke dalam pemanggang ajaib....Masukkan jagung ula sehingga meletup dan kembang...Selepas itu masukkan ke dalam dulang atau bekas yang besar....

Bahan karamel :
1/2 cawan gula perang
1 sb gula kaster
3 sb susu pekat
3 sb butter

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan biar cair dengan api yang kecil....
2. Apabila cair tutup api dan curah ke atas jagung tadi...Gaul rata...
3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 minit pada suhu 160 untuk garingkan pop corn....

SELAMAT MENCUBA......

Monday 7 April 2014

Biskut Chipsmore....

Sudah terlalu lama bercuti dari berblog......memang banyak resepi dan cerita yang ingin dikongsi tetapi kekangan masa yang membataskan segalanya.....

pagi siapkan anak no 2 ke tadika....selepas tu perlu siapkan masak untuk tengahari dan bekalan untuk anak sulung yang bersekolah petang.....dengan kerja rumah yang sentiasa tak habis lagi....malam pula perlu pantau homework kakak dan juga kerja rumah yang banyak tertangguh....anak yang no 3 pula kerjanya asyik sepahkan rumah...mood memasak ni kadang-kadang memang 'ke laut' juga tetapi di sebabkan minat saya curi juga masa.....sebab itu sekarang ni saya hanya ambil tempahan hanya pada hujung minggu sahaja....

Kali ini saya ingin berkongsi resepi cookies.....resepi ni saya dapat dari blog azie kitchen....nama asal resepi ni biskut famous amos tetapi saya tak pernah makan biskut mahal ni...setelah mencuba resepi ni saya berpendapat biskut ni rasa seperti chipsmore....terima kasih kepada empunya resepi dan saya panjangkan di sini....ada sedikit olahan yang saya buat di sini di mana saya masukkan doh ini ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum diletakkan di dalam loyang kerana begitu sukar untuk membentuknya kerana doh yang agak lembik....



Bahan A :
1/4 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
Secubit garam
1/2 sb susu segar (saya guna susu tepung)
1/2 sk esen vanilla

Bahan B :
2 cawan tepung gandum*
1 sb serbuk koko*
1sb tepung jagung*
1/2 sk cream of tartar (saya guna cuka)
1/2 sk soda bicarbonat*
1/2 cawan almond nib
1/2 cawan coklat chips
*di ayak

Cara-cara :
1. Satukan bahagian A sehingga sebati dengan menggunakan whisk....
2. Masukkan bahan yang di ayak ke dalam adunan.Masukkan cuka.Kacau menggunakan spatula hingga menjadi adunan yang lembut...
3. Masukkan almond nib dan coklat chips...
4. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit....
5. Sudukan atau bulat-bulatkan doh menggunakan tangan dan susun di atas loyang..
6. Bakar pada suhu 160 selama 15-20 minit...

SELAMAT MENCUBA.....