Wednesday 11 December 2013

I-City Shah Alam.....

Di siang hari.....


Kali ini saya nak bercerita tentang tempat paling popular di Shah Alam....sudah semestinya I-City....Semalam sempena cuti hari keputeraan Sultan Selangor kami sekeluarga berkunjung ke sana....sebenarnya bagi kami yang memang tinggal di Klang selalu berkunjung ke sana sejak dari awal penubuhannya...saya tengok setiap tahun pasti akan ada perubahan dan penambahbaikan di sana.....selama ini pergi waktu malam sebab tujuannya nak lihat lampu yang berwarna warni kan....tapi kali ini kami pergi waktu siang.....

Jadi gambar yang saya ambil akan lebih jelas dan terang walaupun lampu sudah semestinya belum di pasang lagi kan...ini sekadar panduan untuk rakan-rakan di luar sana apabila mahu berkunjung ke sini...tambahan pula di waktu malam bilangan pengunjung memang ramai dan agak sukar untuk mengambil gambar.....

Bayaran masuk pun berbeza di waktu siang dan malam....untuk 'parking' di waktu siang kami dikenakan RM2 walaupun ada tulis di sana RM3 (mungkin cuti sekolah bagi diskaun agaknya....hehehe)...untuk waktu malam bayaran parking RM10.....





Waktu malam semua ni akan lebih cantik dengan limpahan lampu berwarna - warni...



Bayaran yang di kenakan untuk permainan yang disediakan di sini....


Aksi terlampau dari kakak....hehehehe




Trick art museum......


House of horror.....

Ini yang paling baru di buka....wax museum...untuk cuti sekolah ni ada harga promosi...tiket untuk dewasa hanya RM35.....



Alamak kenapa nampak gemuk sebelah Mr. bean ni...hahahaha


Hotel juga ada disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung yang datang dari jauh.....





Yang paling popular sudah semestinya water world @ i-city....tapi hanya dibuka waktu siang sahaja ye....ada macam-macam permainan air yang boleh anda cuba di sini...

Diharapkan entri kali ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin berkunjung ke sini.....


SELAMAT BERKUNJUNG KE NEGERI SELANGOR.....


No comments:

Post a Comment