Friday 14 February 2014

Grand Lexis Port Dickson......

Setelah lama menyepi.....

Setelah hampir 2 bulan menyepi dari dunia blog kini saya kembali....hehehehe.....bukannya merajuk tetapi kekangan masa yang membuatkan saya terpaksa menyepikan diri seketika.....saya masih menyesuaikan diri dengan keadaan anak yang sulung melangkah ke tahun 1 menyebabkan jadual saya memang padat.....tambahan pula menjadi 'mak supir' setiap hari menghantar anak ke sekolah....banyak sebenarnya cerita dan resepi yang menarik untuk saya kongsikan tetapi untuk entri kali ini saya akan ceritakan tentang ulangtahun perkahwinan saya yang ke 8 dan birthday suami yang ke 34 tahun....

Sebenarnya setahun saya menyimpan impian untuk ke Grand Lexis...melihat kepada harga bilik yang ditawarkan boleh menyebabkan kita berfikir 10 kali (itu bagi golongan macam saya le tetapi kalau orang lain mungkin pejam mata je kan....hehehehe).....setahun saya menyimpan duit semata-mata untuk ke sini sempena ulangtahun perkahwinan kami....

Apa yang menariknya di sini sehinggakan saya sanggup menyimpan duit selama setahun untuk bercuti ke sini......pada saya hotelnya sama seperti hotel yang lain cuma yang menarik perhatian saya kerana ada 'private swimming pool' di dalam bilik masing-masing....saya yang teruja lebih daripada anak-anak sebenarnya.....

Ada banyak pilihan bilik yang disediakan di sini...untuk kali ini kami memilih 'Premium pool villa - Above the sea' ....bagi kakitangan kerajaan boleh dapat diskaun 15% untuk bilik....

untuk lebih lanjut boleh melayari laman web ini http://www.grandlexispd.com/

Akhirnya pada 17 Januari 2014 kami berada di sini....



Baru sampai kita posing dulu depan pintu bilik sebelum keadaan menjadi bersepah...hehehehe

Kami pilih bilik ini sebab disediakan 2 buah katil king saiz...jadi cukup untuk kami dan 3 orang anak....

Bilik air di dalam bilik kami....

Pantry juga disediakan....
-
Masa baru sampai anak2 masih tak nampak kewujudan kolam di dalam bilik ni...hehehe



Antara barang-barang yang disedikan di dalam bilik penginapan....

Penginapan jenis 'Above the sea"....

Inilah yang memang menjadi tarikan kepada saya untuk menginap di sini...


Sebelum kita semua terjun ke dalam kolam kita jalan-jalan dahulu di sekitar kawasan penginapan....







Akhirnya segala penantian berakhir....hehehehe....disebabkan setiap bilik penginapan di sini disediakan kolam jadi kita bebas nak mandi cara kuak lentang....kuak kupu-kupu ataupun nak jadi mermaid sekalipun kan.....kedalaman kolam adalah 4 kaki jadi anak-anak perlu menggunakan pelampung.....

Mak budak pun guna pelampung sebab takut tenggelam....hahahahaha

Shower juga disediakan di tepi kolam...kalau nak mandi kat sini pun boleh...walaupun 'open air' tetapi orang lain tak nampak pun kita tengah mandi di situ....

Anak-anak memang seronok le...kalau boleh sepanjang hari nak duduk dalam kolam je.....


Masa untuk balik...tamat percutian ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8...sebelum balik kita posing lagi......


Husband saya memang suka ambil gambar 'candid' tetapi dia langsung tiada dalam gambar kan....


Kepada yang ada anak-anak kecik macam kami ni tak perlu risau dengan keselamatan kolam ni....pada mulanya memang agak risau kalau di tengah malam tiba-tiba anak jatuh ke dalam kolam kan....sebenarnya pihak hotel menyediakan pintu keselamatan dan kunci pintu ini hanya boleh dibuka oleh orang dewasa sahaja....sebagai ibu bapa kita jangan cuai untuk menutup pintu keselamatan selepas menggunakan kolam....

Di sini juga disediakan perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil penumpang di bilik penginapan ke lobby hotel....

Sekarang tiba masa untuk 'pulang ke pangkal jalan'.....hehehehehe...diharapkan entri kali ini dapat memberi sedikit panduan kepada rakan-rakan yang berminat untuk ke sini....untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan harga bilik dan perkhidmatan yang disediakan di sini boleh berkunjung ke laman web yang telah saya sertakan....

Berjumpa lagi di lain entri.........













3 comments:

  1. saya juga menyimpan cecita nak ke sini...tp belum ada rezeki lagi...syokkan pool dalam rumah..

    jemput singgah

    http://kisahpondokkecil.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Seronok tgk kawan2 gi hotel Grand Lexis ni....insyaAllah suatu hari nak jejak jgk ke sana...

    Salam perkenalan

    Jemput singgah http://izzahpermatahati.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam ukhuwah. Beskan ada pool dlm blk. Tak risau pasal aurat.

    ReplyDelete