Thursday 7 November 2013

Keropok bayam.....

Orang kat dalam rumah ni semua tak suka makan bayam kecuali saya seorang je...kalau tumis bayam tu dan makan dengan sambal tumis ikan bilis memang sedap......akhirnya separuh daripada bayam tu saya goreng macam keropok...resepi yang mudah ni sebenarnya saya pernah masukkan dalam FB saya 2 tahun lepas...
Saya dapat resepi ni dalam rancangan 5 rencah 5 rasa di tv3....

Hanya sedikit bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat keropok bayam ni....bancuhan ini juga boleh digunakan untuk menggoreng cendawan....kalau kita biasa makan cendawan goreng di Cameron Highlands memang rasanya sama seperti ini.....


Bahan-bahan:

3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil eno
Sedikit garam

Campurkan kesemua bahan di dalam bekas dan bancuh dengan air....kepekatan bancuhan seperti kita bancuh tepung goreng pisang....Pastikan kita menggunakan bungkusan eno warna biru....kalau warna lain jadi keropok bayam berperisa halia atau lemon pulak....hehehehe....rehatkan sebentar bancuhan tersebut di dalam peti sejuk selama 15 minit....



Selepas itu celup satu persatu daun bayam ke dalam bancuhan dan goreng dalam minyak yang panas....Angkat dan toskan...boleh dimasukkan ke dalam bekas kedap udara....

Dah siap....

Resepi mudah dan ringkas.....SELAMAT MENCUBA......

No comments:

Post a Comment