Tuesday 8 October 2013

Sardin Puff.....

Paling mudah dan sedap......

Sebenarnya terlalu banyak resepi puff sardin yang boleh kita perolehi dari blog,buku resepi ataupun dari majalah...cuma kita boleh pelbagaikan intinya dengan kulit pastri yang sama....kita boleh membeli kulit pastry readymade di pasaraya.....saya menggunakan kulit pastri jenama 'Kawan' yang boleh didapati di semua pasaraya.....kulit pastri perlu dikeluarkan dari freezer 30 minit sebelum kita meletakkan inti...

Terdapat 10 keping kulit pastri dalam setiap pek


Kerana kemalasan tahap melampau, untuk inti saya hanya masakkan sardin tanpa sosnya sahaja..hehehe....kalau ikut resepi kita boleh masukkan bawang,rempah kari,gula,garam,serbuk lada hitam,hirisan daun sup dan perahan limau nipis...semuanya bergantung kepada kreativiti kita...kalau nak lebih mudah dan menjimatkan masa saya masak sardin terlebih dahulu dan masukkan dalam peti ais....bila nak buat hanya keluarkan dan terus letak dia atas kulit pastri...

Terkabur pulak gambar...hihihihi

Sebelum di bakar

Selepas letakkan inti di tengah pastri, sapu kuning telur di bucu dan lipat dua.....Sapu kuning telur di atas pastri....Bakar pada suhu 180 selama 20-30 minit.....

Dah siap.....

Sangat mudah kan.....selamat mencuba...berjumpa di lain entri untuk resepi super moist eggless chocolate cupcake.....

No comments:

Post a Comment