Monday 7 October 2013

AQUARIA KLCC.......

Bawa birthday boy jalan-jalan......

5 okt 2013 saya bawa anak-anak ke Aquaria KLCC...ini merupakan pertama kali pergi ke sana...sebelum pergi saya google dulu harga tiket dan tempat parking...maklumle anak2 ramai dan masih kecil kita perlu tahu tempat parking yang paling hampir dengan pintu masuk.....kita ni tiada bibik jadi semua perlu sdn bhd....hehehehe......sebenarnya untuk parking kita perlu ke convention center...memang terus ke pintu masuk Aquaria...kalau kita parking di Suria KLCC memang jauhle kena jalan kaki....kalau anak2 kecil lebih elok kita parking di pusat konvensyen....

Walaupun pada asalnya harga tiket masuk untuk dewasa RM38 tetapi ada promosi di laman social living menyatakan harga tiket berharga RM28 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM22....jadi jimat sikit kan....
Parking depan pintu masuk Aquaria...

Bagi pendapat saya kalau kita ke Aquaria lebih elok waktu tengahari sebab boleh kita tengok 'time' diaorang bagi ikan makan....saya datang awal pagi jadi hanya dapat tengok show sekali sahaja.....dekat sini saya bagi panduan masa untuk show....bagi ikan piranha yang boleh menghabiskan makanan dalam masa 60 saat pada jam 4 ptg....ikan yang biasa jam 12 tghri dan 3 ptg....untuk ikan jerung jam 3 petang....Saya hanya dapat ambil gambar dari jauh je...orang ramai sangat...lagipun kamera 'cap ayam' kalau kat tempat gelap susah sangat nak dapat gambar yang 'clear'....hihihi...Di dalam kita tidak dibenarkan menggunakan flash kamera...dikhuatiri akan menyebabkan mata ikan buta...tetapi yang menjadi persoalan di sini kenapa time ikan lain makan jam 12 tghari ikan jerung hanya berlegar2 di sekitar divers....jerung tu macam tahu je time makan dia jam 3 petang walaupun tinggal di dalam akuarium yang sama.....


Ikan piranha di akuarium berasingan

Ikan pari ni namanya Seri....

Makan time.......




Suasana dalam terowong



Selepas habis berjalan2 di dalam Aquaria kami ronda2 pula di kawasan sekitar KLCC.....

Dah boleh jadi model kat pokok.....hihihi

Akhirnya RM9 caj parking yang dikenakan dari jam 11 pagi hingga jam 2 ptg......Walaupun penat tetapi berbaloi asalkan anak2 gembira....kita jumpa di lain entri.......

No comments:

Post a Comment