Monday 7 April 2014

Biskut Chipsmore....

Sudah terlalu lama bercuti dari berblog......memang banyak resepi dan cerita yang ingin dikongsi tetapi kekangan masa yang membataskan segalanya.....

pagi siapkan anak no 2 ke tadika....selepas tu perlu siapkan masak untuk tengahari dan bekalan untuk anak sulung yang bersekolah petang.....dengan kerja rumah yang sentiasa tak habis lagi....malam pula perlu pantau homework kakak dan juga kerja rumah yang banyak tertangguh....anak yang no 3 pula kerjanya asyik sepahkan rumah...mood memasak ni kadang-kadang memang 'ke laut' juga tetapi di sebabkan minat saya curi juga masa.....sebab itu sekarang ni saya hanya ambil tempahan hanya pada hujung minggu sahaja....

Kali ini saya ingin berkongsi resepi cookies.....resepi ni saya dapat dari blog azie kitchen....nama asal resepi ni biskut famous amos tetapi saya tak pernah makan biskut mahal ni...setelah mencuba resepi ni saya berpendapat biskut ni rasa seperti chipsmore....terima kasih kepada empunya resepi dan saya panjangkan di sini....ada sedikit olahan yang saya buat di sini di mana saya masukkan doh ini ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum diletakkan di dalam loyang kerana begitu sukar untuk membentuknya kerana doh yang agak lembik....



Bahan A :
1/4 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
Secubit garam
1/2 sb susu segar (saya guna susu tepung)
1/2 sk esen vanilla

Bahan B :
2 cawan tepung gandum*
1 sb serbuk koko*
1sb tepung jagung*
1/2 sk cream of tartar (saya guna cuka)
1/2 sk soda bicarbonat*
1/2 cawan almond nib
1/2 cawan coklat chips
*di ayak

Cara-cara :
1. Satukan bahagian A sehingga sebati dengan menggunakan whisk....
2. Masukkan bahan yang di ayak ke dalam adunan.Masukkan cuka.Kacau menggunakan spatula hingga menjadi adunan yang lembut...
3. Masukkan almond nib dan coklat chips...
4. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit....
5. Sudukan atau bulat-bulatkan doh menggunakan tangan dan susun di atas loyang..
6. Bakar pada suhu 160 selama 15-20 minit...

SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment