Wednesday, 16 July 2014

Nasi Daging......

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan untuk semua......nampaknya kita dah berada di pertengahan Ramadhan...cepat betul masa berlalu kan...ini merupakan resepi kedua yang saya kongsikan di bulan mulia ini....

Bulan ini dah 2 kali saya mengalami masalah kesihatan.....jadi menu yang saya sediakan biasa-biasa sahaja.....kadang-kadang suami saya terpaksa membeli juadah berbuka di pasar ramadhan....dugaan di bulan ramadhan untuk saya pada tahun ini....

Hari ini saya berkesempatan menyediakan nasi daging beserta air asam...ini baru pertama kali saya mencuba resepi ini...resepi ini sangat mudah dan cepat...saya tertarik untuk mencuba resepi dari sahabat fb saya Tahrunnisah Jali kerana tidak menggunakan susu cair.....

Hasil reesepi ini memang tidak mengecewakan.....tidak cepat muak dan sangat sedap....untuk daging terpulang pada kita untuk menggunakan daging lembu atau kambing....kali ini saya hanya menggunakan daging lembu yang direbus terlebih dahulu menggunakan 'presure cooker'....

Bahan -bahan :

3 cawan beras basmathi (direndam selama 1 jam)
3 sudu besar rempah kurma
1/2 cawan minyak jagung
2 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
halia
2 sudu besar sos tomato
3 batang serai
secubit garam
500gm daging
4 1/2 cawan air rebusan daging

Rempah tumis :

Bunga cengkih
Bunga Lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Jintan manis - ditumbuk
Ketumbar - ditumbuk

Cara - cara :
1. Rebus daging sehingga empuk dan dihiris nipis.
2. Tumis rempah tumis bersama bahan tumbuk.
3. Masukkan sos tomato,serai dan rempah kurma dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan susun daging di atasnya.....
5. Masukkan bahan yang telah ditumis beserta air rebusan daging...
6. Masak seperti biasa......Apabila nasi sudah masak boleh digaul menggunakan garfu...sedia dihidangkan bersama air asam...

Air asam :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cili merah
cili padi
belacan
tomato
air asam jawa
garam dan gula 

*cili merah + cili padi + bawang putih + belacan dikisar bersama air asam jawa.....setelah siap masukkan bahan yang di hiris iaitu cili merah,cili padi,bawang besar dan tomato....  



Nasi daging yang telah siap...

Abaikan mangkuk air asam yang comot....nak cepat...hehehehe


Selamat berpuasa dan selamat mencuba.....

Friday, 4 July 2014

Nasi Briyani Ayam Goreng.....

Nasi Briyani ekspress....

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan untuk semua....akhirnya hari ni baru berkesempatan untuk berkongsi juadah Ramadhan.....bagi saya bulan Ramadhan dan bulan yang lain menu masih sama...tiada yang lebih atau terkurang.....saya juga memang tidak biasa membeli makanan di bazar Ramadhan...menu yang saya sediakan untuk berbuka puasa memang simple dan mudah seperti yang saya sediakan untuk makan tengahari....

Kadang-kadang saya agak pelik apabila melihat juadah untuk berbuka puasa penuh satu meja.....kuih pulak bermacam-macam jenis...kalau habis Alhamdulillah cuma khuatir tentang pembaziran sahaja...saya dan suami memang dah terbiasa dengan juadah berbuka puasa yang ala kadar sahaja...saya pula jenis tak makan dengan kuantiti yang banyak semasa berbuka....cukup hanya air kosong,kurma dan nasi sesenduk dengan lauk sahaja...bukan berdiet tetapi perut ni memang tidak boleh terima....begitu juga dengan bersahur...hanya boleh minum air,roti dan kurma sahaja...
Syukur Alhamdulillah walaupun anak ketiga saya masih menyusu badan sepenuhnya, di bulan puasa ini saya masih lagi mampu untuk meneruskan ibadah puasa ini.....

Berbalik kepada tajuk entri di atas saya rasa ini baru pertama kali saya memasak tanpa pandang kiri,kanan, depan atau belakang....cuma bagi tumpuan dengan masakan yang saya sediakan...kenapa saya cakap begitu sebab saya hanya mula masak pada jam 6.45 petang.....hehehehehe....kalau dah lewat macam ni rasanya mungkin rakan-rakan hanya membuat menu yang sangat ringkas....tetapi saya dah berjanji dengan suami untuk memasak nasi briyani.....

Mujurlah bahan-bahan cukup di rumah tetapi saya hanya ada ayam bahagian paha sahaja....jadi saya gabungkan ayam goreng dengan nasi briyani dengan sambal telur dan acar mentah.....nasib baik le idea datang di saat-saat akhir..kalau tidak saya dan suami hanya makan nasi briyani kosong dengan ayam goreng sahaja...hehehehe

Di sini saya sediakan cara-cara memasak nasi briyani paling ringkas dan cepat....

Bahan - bahan :

2 cawan beras basmathi (direndam 30 minit)
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar marjerin
Daun sup dan bawang goreng
Ayam diperap dengan garam serta kunyit dan digoreng seperti biasa

Bahan kisar :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Rempah tumis :

Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Sebungkus rempah briyani jenama Maggi


Cara -cara :

1. Rendam beras selama 30 minit dan toskan.
2. Di dalam kuali tumiskan semua bahan tumis dan kisar dengan marjerin sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan susu dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan semua bahan ini ke dalam periuk nasi dan susun ayam yang telah digoreng tadi di atas nasi....
5. Masak nasi seperti biasa.
6. Apabila nasi sudah masak boleh digaul perlahan dan dikacau rata.....tabur dengan daun sup dan juga bawang goreng....SIAP.....




Ayam goreng menyorok di bawah nasi...hehehehe

Acar mentah ni saya masukkan nanas + timun + hiris bawang bersama cili merah dan cili padi.....Masukkan sedikit gula,garam dan cuka

Sambal telur rebus.....ada 2 biji je...seorang satu ye...hehehehehe

Abaikan mangkuk yang comot.....5 minit sebelum berbuka snap gambar.....dah macam tangan labah-labah saya hari ni....

Inilah perencah nasi briyani yang saya gunakan....walaupun resepi di belakang pes tidak menggunakan bahan tumis dan juga susu cair tetapi saya olah resepi ni mengikut kreativiti sendiri......

Alhamdulillah akhirnya nasi briyani yang saya masak secara ekspress rakyat ni habis licin...tak sempat sampai ke sahur pun.....memasak ni mudah cuma kita perlu kreatif dan rajin sikit je.....selamat mencuba....berjumpa lagi di lain entri...

SELAMAT BERPUASA.........

Thursday, 3 July 2014

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam Selangor

Satu lagi produk pelancongan di Shah Alam....

Assalamualaikum.....

Bertemu kita lagi dalam bulan Ramadhan tetapi saya masih belum bercerita mengenai resepi lagi....sabar ye...hehehehehe....hari ni saya nak kongsi tentang satu lagi produk pelancongan di Shah Alam yang saya rasa agak menarik...selalunya bila sebut seksyen 7 mesti kita akan terbayang I-city dan juga syurga membeli belah di seksyen 7....tetapi kali ini di lorong belakang seksyen 7 dijadikan lukisan mural 3D yang dikenali sebagai laman seni....

Kepada mereka yang memang berminat bergambar dan 'berselfie' inilah tempat yang paling sesuai.....sebenarnya saya ke sini secara kebetulan sahaja selepas menghantar anak sulung ke sekolah.....dah sampai ke sini jadi saya pun ambil peluang untuk bergambar dan pengunjung pun tidak ramai kerana waktu tengahari.....dengan menggunakan kamera telefon dan hanya memakai pakaian yang macam nak beli ikan di pasar kami mengambil gambar di sini...hehehehe...lagipun kedua-dua anak saya ni masih belum sembuh sepenuhnya......kesian juga sebenarnya tapi maknya yang terlebih 'kepoyoannya'....

Laman seni ni terletak di lorong belakang Gulatis Silk House...sepanjang lorong belakang tu terdapat banyak konsep lukisan mural 3D...di sini saya mengambil sebahagian lukisan untuk dijadikan rujukan rakan-rakan yang ingin berkunjung ke sini.....sambil membeli belah sambil tu boleh bergambar......



Laju...laju....buai ku laju...kihkihkih

Jom kita berbusking....Iqbal nak nyanyi lagu ape?????



ooooooo kita dah masuk dalam game supermario.....

Ada gaya model ke kami ni...?????


Retak seribu hati ini......eh bukan...hehehehe





MH 370.....

Sila baca arahan betul-betul ye.....


Ade berani nak bergambar di sini...?????






Cepat iman dan iqbal kita kongsi payung....hehehehe


Ini sesuai untuk perokok tegar...insaf tak...??????

Mural ni sangat unik....

Mural yang diperbuat dari sudu dan pinggan plastik....

Sebenarnya nak tiru gaya sebelah tu tapi rasa segan pulak....kihkihkih


Diharapkan dengan serba sedikit penerangan dan gambar yang saya sertakan di sini dapat memberi gambaran kepada rakan-rakan untuk berkunjung ke sini.....walaupun saya bukan orang Selangor tetapi saya tetap mahu mempromosikan tempat-tempat menarik yang pernah saya kunjungi di dalam negara kita.....

Saya sayang MALAYSIA....berjumpa lagi di lain entri

SELAMAT BERPUASA.......



Sunday, 29 June 2014

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.....

Assalamualaikum......

Salam Ramadhan untuk rakan-rakan semua.....hari ni saya belum lagi mahu berkongsi kisah Ramadhan tetapi berkongsi pengalaman dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana tentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia..... 

28 Jun 2014 saya menghantar anak saudara saya mendaftar ke UPNM....untuk pengetahuan rakan-rakan semua, pendaftaran UPNM amat jauh berbeza dengan pendaftaran universiti lain....sebenarnya anak saudara saya telah menjalani pemilihan Pegawai Kadet selama 2 minggu di Kem Terendak, Melaka.....Selepas saringan di sana, seterusnya mereka akan mengikuti kursus Tunas Wira selama 6 minggu di Kem Sungai Besi....hanya mereka yang layak dari segi mental dan fizikal sahaja yang terpilih.....selama mereka di sana memang terputus hubungan dengan ibu bapa kerana tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit....memang satu cabaran mental untuk anak dan juga ibu bapa....semua ini bertujuan untuk membina jati diri kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di sini.....

Dari penceritaan anak saudara saya memang mereka menjalani latihan ketenteraan yang agak memenatkan.....tetapi biarlah itu menjadi rahsia dan pengalaman peribadi dia kan....dia sendiri yang berminat untuk memasuki UPNM jadi dia sendiri perlu menghadapinya....saya sendiri sebelum ini tidak mengetahui tentang latar belakang UPNM ini.....tetapi dari apa yang saya lihat memang semua pelajar di sini mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi.....

Setelah tamat mengharungi tunas wira, para pelajar mendaftar semula ke kampus pada hari sabtu.....bagi saya bukan mendaftar tetapi ibu bapa menghantar kembali anak ke sana tetapi berbeza sedikit kerana telefon bimbit sudah dibenarkan....para pelajar akan menjalani minggu orientasi selama seminggu dan seterusnya akan kembali ke kuliah dan juga meneruskan latihan ketenteraan......

Di sini saya sertakan serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.....




Kawalan keselamatan sangat ketat....perlu tinggalkan kad pengenalan di pintu utama untuk memasuki kawasan universiti....UPNM terletak di dalam kawasan Kem Sungai Besi......

Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak di sini sahaja....di bawah panas terik matahari...hehehehe

Mengimbau kenangan semasa masuk PULAPOL dulu ke...hehehehe

Teringat kenangan 12 tahun lepas semasa mendaftar sebagai pelajar baharu di UUM.....masa tu kamera pun tak mampu nak beli lagi....hehehehe.....tiada gambar kenangan jadi hari ini bergambar dengan anak saudara dan anak sendiri untuk dijadikan kenangan kepada mereka nanti....




Antara ibu bapa yang hadir....lebih kurang 500 pelajar yang mendaftar....

Selagi tak dipanggil oleh pegawai yang bertugas selagi itu kita bergambar.....

Nampaknya anak saudara lebih tinggi dari mak saudara......



Yang paling penting pergi ke mana-manapun mesti berkawad....


Ini merupakan pakaian rasmi bagi pelajar junior ataupun asasi....selepas ini semua pelajar akan dibekalkan dengan uniform untuk hadir ke kuliah....


Warna kulit pun semua sama je....hehehehehe

Diharapkan entri ini dapat memberi sedikit gambaran dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana....saya juga mengharapkan anak saudara saya dapat belajar bersungguh-sungguh dan juga dapat menghadapi latihan ketenteraan dengan penuh sabar dan disiplin......ini merupakan satu-satunya universiti yang paling berdisiplin di dalam Malaysia.....


Berjumpa lagi di lain entri dan selamat menjalani ibadah puasa.....