Saturday 10 January 2015

Kilang Roti Gardenia, Kilang Cookies Beryl 's dan Farm In The City..

Rombongan Tadika Kemas Baitul Widad.....

Assalamualaikum.....

Pada bulan Mei lepas tadika anak saya telah membuat lawatan sambil belajar ke 3 tempat iaitu Kilang roti Gardenia, kilang cookies Beryl's dan Farm In The City...... Rombongan ini seperti golongan mak-mak sebab mak yang terlalu excited berbanding anak-anak...hehehehe....semua memberikan kerjasama yang sepenuhnya....

Sebenarnya anak-anak saya tak sabar nak naik bas...ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki bas....mereka gembira seperti dapat menaiki kapal terbang...

Destinasi pertama kami adalah Kilang roti Gardenia... banyak peraturan yang kami perlu patuhi apabila berkunjung ke sini....kamera tidak dibenarkan sama sekali di dalam kawasan kilang...jadi hanya dibenarkan mengambil gambar di bahagian luar sahaja...jadi saya hanya boleh ceritakan pengalaman saya sahaja semasa di dalam kilang....

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kawasan kilang terus terbau roti yang enak....kami diberikan penerangan terlebih dahulu dan tayangan video...selepas itu kami di bawa ke dalam kawasan kilang...kami hanya memerhatikan kawasan kilang dari ruang atas yang bercermin sahaja....kebersihan kawasan kilang dan ruang bekerja memang tip top....secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada anak-anak dan kami sendiri cara pembuatan roti Gardenia....satu pengalaman yang paling berharga....





Anak-anak yang terlalu seronok sebab dapat naik bas...hehehehe


Destinasi pertama kami.....


Amaran keras yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja.....


Tayangan video tentang asal usul roti....


Selepas melawat kawasan kilang kami disediakan sarapan pagi....



Iman yang malu-malu kucing...hehehehe


Goodies bag yang disediakan oleh pihak Gardenia....




Muka 'excited' sebab dapat bawak balik roti....hehehehe



Susah sangat nak kumpulkan anak-anak untuk bergambar jadi biarlah mak-mak je...


Destinasi ke dua ialah kilang cookies Beryl's...sama juga situasi di kilang roti, kami juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam kawasan kilang....cookies yang dihasilkan di sini adalah untuk dieksport ke luar negara....selepas melawat kawasan kilang kita shopping cookies....semuanya sedap dan rambang mata untuk memilih...tiada goodies free di sini...jadi kena beli sendiri...hehehehehe




Cukuplah satu plastik sahaja cookies....harga boleh tahan juga....



Masa ni Iman dah mengamuk...nak ambil gambar pun tak boleh...penat + nak susu...hahahahaha

Destinasi ke tiga ialah Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan....jarak di antara ketiga-tiga tempat ini adalah berdekatan....tetapi perjalanan di dalam kawasan ini sangat mencabar....Iqbal pulak nk berdukung...nak bawa stroller memang tak sesuai dengan jalan yang sempit dan tidak rata dan bertangga....redha je lah dan tidak banyak gambar yang dapat diambil....mak nya dah penat sangat....huhuhuhu...

Tempat ini bagus untuk budak-budak...memberi pendedahan kepada mereka untuk mendekati dan mengenali haiwan.....



Budak-budak terlalu excited tengok giant kura-kura...sebenarnya ada suatu peristiwa yang tidak di jangka berlaku di sini....kelakar + kesian + tekejut...hahahaha...biarlah ia menjadi rahsia dan pengalaman kami semua....


Iqbal bagi rabbit makan ape tu.....

Jam 4 petang kami sudah sampai di rumah...satu pengalaman menarik dan seronok untuk kami...memang penat tapi berbaloi.....5 beg goodies bag kami dapat dari Gardenia sebab setiap orang yang pergi akan dapat 1...dalam rombongan ini kami yang paling banyak dapat....hahahaha



Lautan roti.....macamana nak habiskan semua ni....sebahagiannya saya sedekah kepada jiran....


Cookies yang di beli di Beryl's...semua sedap...menyesal beli sikit...huhuhu...

Ini lah serba sedikit rombongan tadika anak saya...satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami dan anak-anak...terima kasih kepada cikgu Natrah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak kami dan melayan kerenah mereka....bukan mudah nak control kanak-kanak tadika....hanya yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja yang layak....

Semoga berjumpa di entri terbaru.....



No comments:

Post a Comment