Thursday 20 February 2014

Roti bun kacang merah.....

Kembali meroti....

Semenjak saya join kelab roti dalam facebook hari-hari saya intai group ni untuk ketahui resepi terbaru untuk membuat roti.....sebenarnya banyak ilmu yang dikongsi di dalam group ni...semua ahli tak kedekut ilmu dan tips-tips membuat roti termasuk admin kelab roti Pn.Jannah.....terima kasih sekali lagi....

Saya belajar meroti ni pun dari pembacaan buku,rujukan di blog dan juga kelab roti di facebook....saya belum pernah menghadiri kelas membuat roti sebab saya hanya buat untuk suami dan anak-anak sahaja ataupun untuk dibawa sekiranya ada mesyuarat PERKEP atau tadika je....belum sampai masanya lagi untuk saya berniaga....hehehehe...

Resepi ini saya ambil dari file Kelab roti dan saya panjangkan di sini...maaf ye sebab saya tidak tahu pemilik asal resepi ini..cuma yang saya tahu dari blog izan....doh asas ini bukan sahaja boleh buat bun kacang merah tetapi kita boleh pelbagaikan inti dan pelbagai jenis bun.....terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang diberi....di sini saya cuma ubah penggunaan tepung sahaja...tetapi kejadiannya memang menarik.....tiada penggunaan water roux,bread improver atau bread softener roti tetap gebu walaupun sudah sejuk....

Sumber :Kelab roti / blog izan

Bahan-bahan :
500gm tepung roti / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
250 ml air sejuk + 5 ketul ais kiub (ais kiub ini saya tambah)
80gm butter/marjerin
1 biji telur
85gm gula kastor
1 sk garam
30gm susu tepung
11 gm yis (sepeket)

Cara-cara :
1. Dengan menggunakan BM masukkan bahan cecair seperti air dan telur....Masukkan garam.
2. Masukkan tepung,mentega,gula,susu tepung dan yis...
3.Saya menggunakan fungsi no 8 iaitu doh untuk menguli tetapi di uli sebanyak 2 kali bertujuan untuk mendapatkan doh yang lebih elastik....
4.Setelah siap di uli kita tidak perlu menunggu doh naik tetapi boleh terus bentukkan atau mengisi inti di dalam doh....
5.Pastikan tangan kita berminyak untuk memastikan doh tersebut tidak melekat di tangan....
6.Setelah dibentuk tunggu doh naik 2 kali ganda...
7.Sapu di atas doh susu segar dan dibakar pada suhu 190 selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing....

Inilah yang dikatakan doh yang elastik...apabila ditarik tidak putus.....

Doh yang telah naik 2 kali ganda...saya hanya buat separuh doh sahaja kerana separuh lagi saya frozenkan untuk membuat mini pizza untuk sarapan pagi esok....hehehehe

Hasilnya tetapi hangus sedikit sebab oven saya yang memang bermasalah....

Gebu dan lembut...

SELAMAT MENCUBA.......



No comments:

Post a Comment