Monday 1 September 2014

Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-67.....

1 September 2014....

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi di entri terbaru setelah lama menyepi......entri sambutan hari raya pun tak sempat nak buat lagi sebenarnya.....tetapi untuk kali ini saya ceritakan dahulu tentang aktiviti yang baru sahaja berlangsung....

Setiap tahun pada 1 Sept merupakan peringatan hari Polis Marin.....saya hanya berpeluang terlibat dengan aktiviti apabila sesuatu majlis berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang sahaja...sebab mudah saya tinggalkan anak-anak di rumah jiran....

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali.....di sini sedikit sebanyak gambar yang sempat saya ambil semasa majlis berlangsung..... 



Gambar ni sebenarnya malam sebelum majlis berlangsung....suami perlu hadiri majlis Dining Out Pengarah KDNKA....


Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan.....


Penyampaian surat penghargaan dan pemakaian lencana penyelam PDRM....

Saya bersama rakan-rakan yang lain menunggu ketibaan tetamu jemputan...



Sebelum ketibaan tetamu VVIP kita bergambar dahulu ye...ini antara barisan isteri Pegawai dan AJK Perkep dari Port Klang....

Kami ni pantang jumpa kamera mesti nak bergambar je......

Ambil aura duduk di atas pentas utama......hehehehhe

Setelah selesai majlis di padang kawad, kemudian acara Fleet Review botronda PPM di jeti.....




Ini adalah antara botronda polis marin yang menjalankan tugas rondaan di laut....


Setelah majlis selesai baru dapat berpeluang bergambar bersama suami....

Ini merupakan serba sedikit kehidupan saya di sini selama hampir 5 tahun suami berkhidmat di sini....sebelum ini 6 tahun suami berkhidmat di Kuching, Sarawak....

Selamat menyambut Hari Pasukan Polis Marin yang ke-67 kepada seluruh warga PDRM...semoga warga PDRM terus komited untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi demi negara Malaysia tercinta....

Berjumpa lagi di lain entri......




14 comments:

  1. Tahniah utk suami dan salam singgah . silakan ke blog PCL.

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dn follow sini..
    Jom follow bungakayangan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hehe.. lama dah tak pakai baju rasmi perkep.. setahun sekali je pakai masa mesyuarat agung.. hehehe

    follow blog puan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setahun sekali ataupun masa majlis rasmi mcm ni....hehehehe

      TQ

      Delete
  4. wahh seronoknye... saje jenjalan folow2.. jempt singgah and follow balik kalau sudi http://hidayuayumie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. salam perkenanlan dr saya...

    ReplyDelete