Sunday 7 September 2014

Majlis Seribu Kenangan Bersamamu.....

PERKEP Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang....

Assalamualaikum......

Apa khabar semua rakan-rakan....kembali kepada rutin asal yang sibuk dengan tempahan roti setelah 2 bulan bercuti meroti...hehehehe...blog ni pun jadi tenggelam timbul lah lepas ni.....

Berbalik kepada tajuk entri di atas pada 5 Sept telah berlangsung majlis seribu kenangan bersamamu untuk meraikan ahli-ahli Perkep yang akan berpindah....yang paling sedih adalah perpindahan pengerusi Perkep sendiri ke Sabah setelah hampir 5 tahun bersama....banyak kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan....semoga Pn Fazillah akan selesa di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini....

Majlis telah berlangsung di Crystal Crown Hotel Klang....seperti biasa apabila majlis seperti ini berlangsung kaum bapa terpaksa menjaga anak-anak di rumah...kaum ibu nak 'lupakan diri' sebentar....hehehehehe......tema yang dipilih untuk majlis ni ialah 'dress'...memang semua ahli-ahli PERKEP memberi sepenuh komitmen dan kerjasama semasa majlis berlangsung...masing-masing tampil anggun dan 'vouge'....kalah anak dara sedangkan semua barisan ibu-ibu...hehehehehe....

Acara wajib ialah makan-makan tetapi diselitkan dengan acara karaoke dan juga cabutan nombor bertuah.....Alhamdulillah akhirnya bertuah juga saya malam ni...hehehehe

Ini adalah sebahagian gambar-gambar semasa majlis berlangsung....


Barisan AJK Perkep yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini khas untuk mantan Pengerusi Perkep MO PPM Port Klang serta ahli-ahli yang terlibat dalam pertukaran...



Antara barisan ibu-ibu anggun pada malam tersebut...semuanya berubah 100%..hehehehe...selama ni pergi ke mana-mana mesti ada 'hand bag' tetapi malam ni masa untuk kaum ibu beristirehat....Masih menjaga tatasusila sebagai kaum wanita dan juga isteri kepada anggota polis bagi menjaga nama baik suami masing-masing....

Bersama pemangku Pengerusi Perkep......

Sambil makan kita 'berselfie'...hehehehe





Antara hidangan yang disediakan pada malam tersebut....

Hadiah yang disediakan untuk cabutan nombor bertuah.....

Alhamdulillah akhirnya saya bertuah....hehehehehe...no 2 dan hadiah pun no2....suka...suka...suka

Acara kemuncak malam tersebut ialah pengumuman Ibu Anggun bagi tahun 2014....Inilah pemenangnya....Pn Sheila...memang memenuhi kriteria yang diinginkan...kepada yang lain jangan sedih...kita semua tetap anggun di mata suami...

Bersama mantan Pengerusi Perkep MO PPM Port Klang....terlalu banyak kenangan bersama Pn Fazillah....segala tunjuk ajar yang puan berikan akan saya kenang selamanya...semoga gembira di tempat baru dan sentiasa ingatkan kami di sini.....

Ambik aura bergambar dengan Ibu Anggun 2014...hehehehe

Yeayyyyyy inilah hadiah cabutan bertuah yang saya dapat...terima kasih.....

Sebelum majlis berakhir kita berselfie dengan GoPro dulu....barulah dikatakan ibu moden di zaman alaf baru.......

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali...terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan majlis ini....berjumpa lagi di entri yang terbaru.....









5 comments:

  1. hi.. anda dipilih untuk LIEBSTER AWARD :) BW my blog for detail

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan, saya tag awak untuk liebster award.. jemputlah.. :)

    http://chien-puterirahsia.blogspot.com/2014/09/blogger-liebster-award-2.html

    ReplyDelete
  3. jalan2 sini..wah berselfie yea...nice~

    http://ummiammararif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. anda ditag !

    http://hanaexotics.blogspot.com/2014/09/liebster-awards-2.html

    ReplyDelete