Friday, 11 October 2013

Murtabak sardin cream crackers.....

Resepi yang tertangguh.....

Sebenarnya sudah banyak kali saya membuat murtabak sardin cream crackers ni...tapi baru sekarang ada peluang nak masukkan di sini.....sebelum ni ramai kawan2 yang minta resepi jadi terpaksa saya tulis di FB je.....bahan2 memang senang nak cari....


Selepas dibakar boleh letak sayur dan sos cili serta mayonis



Bahan2: Sumber ( noorsha blogspot)

Inti:
1 tin sardin bersaiz kecil
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 s/b cili kisar
1 s/b serbuk kari
2 biji telur

Topping:
Biskut cream crackers secukupnya
1 cawan susu segar
1 biji telur (lapisan terakhir)

Cara2 :
1.Tumis bawang dan masukkan cili kisar dan pes kari.
2.Masukkan sardin dan hancurkan.

Cara melapis:
1.Sapu loyang dengan butter.
2.Celup biskut dalam susu.Susun biskut sehingga memenuhi permukaan loyang.
3.Di dalam mangkuk lain satukan sardin dengan 2 biji telur.Ambil sesenduk inti dan ratakan di atas biskut yang disusun tadi.
4.Ulang step 2 sehingga menjadi 3 atau 4 lapisan biskut.
5.Lapisan terakhir satukan baki susu dengan 1 biji telur.Susun biskut (tak perlu celup susu)
6.Tuang adunan susu dan telur di atas permukaan biskut tadi.
7.Bakar pada suhu 150 selama 30-35 minit....

Hiasan:
Hiris kobis dan daun bawang.Tabur di atas murtabak yang telah siap dibakar beserta sos cili dan mayonis......



Dah siap.....

Selamat mencuba.......

No comments:

Post a Comment