Bertemu lagi di entri masak-masak pula di bulan Syawal ini.....inilah pertama kali saya berpuas hati dengan kejadian cucur ikan bilis yang saya hasilkan...selama ni cucur akan menjadi keras dan liat apabila sejuk....hanya menggunakan bahan yang sedikit tetapi teknik yang betul dapat menghasilkan resepi yang sangat sedap....
Idea untuk membuat cucur ikan bilis ini sebenarnya datang pada hari Selasa tempohari...suami ingin menjemput ahli-ahli surau di dalam kuarters ini untuk membuat majlis selawat...pada siangnya saya telah menyediakan nasi ayam dan soto untuk kanak-kanak tadika sekolah anak saya beserta kakitangan pejabat suami....
Saya berpendapat bulan Syawal kita selalu disajikan dengan makanan yang berat...mungkin tetamu akan berasa jemu dengan makanan seperti nasi impit,mee,bihun ataupun nasi....untuk majlis malam ini saya dengan beraninya membuat kelainan dengan hanya menjamu cucur ikan bilis berserta kopi 'o' panas....rupa-rupanya makanan seperti ini yang menjadi tumpuan...habis licin....syukur Alhamdulillah rezeki yang kita ada dapat berkongsi dengan yang lain....
Di sini saya kongsikan resepi yang saya dapat dari rakan blog saya beserta cara untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam....teknik kena betul untuk dapatkan hasil yang terbaik...hehehehehe
Tepung gandum
Bawang besar - didadu
Ikan bilis - dikisar atau ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan lobak dan daun sup
* ikut selera kita untuk meletakkan bahan-bahan lain seperti kobis ataupun udang kering....
Air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
*resepi saya tiada sukatan...semuanya mengikut anggaran sahaja
Cara -cara :
1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas...buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung...lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar...Tuangkan air panas sedikit demi sedikit...apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan....Buat bahagian demi bahagian seperti contoh di dalam gambar di atas....
3. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh....pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu...kalau menggunakan tangan confirm masuk hospital....hehehehehe
4. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar....ikut kesesuaian nak buat saiz apa ye...Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata...
5. Cucur ikan bilis versi air panas mendidih sudah siap...boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda.
SELAMAT MENCUBA......