7 Oktober 2013 genap usia anak kedua saya 3 tahun.....banyak juga cabaran dalam membesarkan dia walaupun dia seorang anak yang senang dijaga dan tidak banyak ragam berbanding kakaknya..bila dah anak 3 ni baru tahu setiap perkembangan dan perangai anak2 adalah berbeza...sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan supaya semua anak2 kita tidak terlepas pandang......
Sempena hari jadinya saya terlebih rajin pula tahun ni...buat cupcake untuk dia....malas nak beli kek sebiji sebab setiap kali hari jadi anak kalau beli kek sebiji mesti berlaku pembaziran...anak-anak lebih suka kek2 yang comel....jadi lebih jimat kan....saya buat coklat moist cupcake tanpa telur...ini baru kali pertama saya dapat resepi buat kek tanpa telur...memang moist....saya berani jamin....hihihihi....dah banyak kali saya cuba buat memang tak menghampakan....lagipun kita hanya perlu guna 'whisk' untuk mengadun semua bahan....memang sangat mudah...kek ini boleh dibakar atau dikukus.....saya tak sempat nak snap gambar setiap bahan...jadi segala persoalan boleh tanya di sini atau di FB saya......
Hiasan hasil kerja tangan emaknya....hehehe
Bahan:(resepi asal: blog Dayang jack)
1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung (guna susu dutch lady anak...hihihi)
secubit garam
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 s/k esen vanilla
1/2 s/k chocolate emulco
1/2 cawan minyak jagung
1 s/k cuka
Cara2:
1.Panaskan oven pada suhu 180...(bergantung pada oven masing2)
2.Ayak tepung bersama baking powder,soda bicarbonat dan serbuk koko.
3.Kemudian masukkan susu tepung,garam dan gula perang.Gaul rata
4.Masukkan air sejuk berselang seli dengan minyak jagung.Masukkan esen vanilla dan coklat emulco.SEMUA BAHAN INI HANYA DIKACAU MENGGUNAKAN WHISK.Pastikan adunan tidak berketul.
5.Masukkan cuka dan terus kacau dengan serta merta.Tapiskan adunan dan rehatkan dalam 10 minit.
6.Tuangkan adunan dalam papercup atau loyang.Untuk papercup bakar selama 20-25 minit....sekiranya di dalam loyang bakar selama 30-45 minit...
Topping ganache coklat :
250gm bar coklat masakan (potong kecil)
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
-Masukkan coklat masakan dan susu cair ke dalam bekas dan panaskan menggunakan kaedah double boiler....setelah coklat cair tutup api dan masukkan mentega.....sejukkan sebentar dan boleh diletakkan di atas cupcake....Hiasan boleh ikut kreativiti sendiri...
SELAMAT MENCUBA....
No comments:
Post a Comment