Sunday, 27 October 2013

Bun vanilla manis....(menggunakan tepung gandum)

Akhirnya berjaya memilikimu.....

Tergoda sungguh lihat blog yang menghasilkan sendiri roti.....banyak resepi yang saya dapat tetapi saya sungguh tertarik dengan resepi roti yang menggunakan kaedah 'water roux'.....sebab sebelum ini donut yang dihasilkan menggunakan
kaedah yang sama memang menghasilkan donut yang gebu dan lembut......sebelum ni pernah buat roti dan uli dengan menggunakan tangan tetapi hasil kurang memuaskan sebab tempoh masa uli yang sekejap....memang tak mampu nak uli dengan tangan...lenguh satu badan jadinya....hehehe.....saya pun memujuk suami untuk membeli BM.....dapat jugak akhirnya sebab dia tahu isterinya memang minat memasak......saya membeli BM jenama Tesco sebab itu sahaja BM yang murah di pasaran....Alhamdulillah percubaan pertama saya untuk membuat roti menjadi cuma terdapat sedikit kesilapan sebab menggunakan loyang yang kecil.....jadi kita perlu belajar dari kesilapan untuk menghasilkan adunan yang lebih baik di masa akan datang....

Saya mengambil resepi ni dari blog jintan manis...memang banyak tips yg dikongsi untuk menghasilkan roti yang gebu dan sedap....rakan-rakan boleh rujuk blog beliau....saya juga akan berkongsi beberapa tips yang saya baca dr beberapa blog yang saya rujuk.......di sini juga saya tidak dapat sertakan gambar pada permulaan adunan sebab pada mulanya hanya ingin mencuba dahulu...rupa-rupanya menjadi pulak....hehehe...di lain masa saya akan kongsikan lebih banyak gambar....

Resepi water roux:
25  gm tepung gandum
125ml air

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sampai pekat dengan menggunakan api perlahan....
Setelah pekat,angkat dan sejukkan sebelum digunakan...


Water roux......

Untuk menghasilkan roti yang lembut dan naik perkara yang paling penting apabila menggunakan BM adalah cara memasukkan bahan dalam bekas adunan...pastikan cecair di bawah sekali....selepas itu baru masukkan adunan bahan kering.....yis dan garam tidak boleh diletakkan berdekatan kerana akan menyebabkan yis tidak hidup...pastikan yis diletakkan di sebelah kanan bekas adunan dan garam serta mentega di sebelah kiri...gula pula perlu diletakkn bersebelahan dengan yis.....di entri lain saya akan tunjukkan gambar kedudukan bahan-bahan dalam bekas adunan.....


Doh yang telah naik 2x ganda

Resepi doh : (rujukan dari blog jintan manis)
450gm tepung gandum
40gm gula
40gm susu tepung
2 sk esen vanilla
2 biji telur (asingkan 2sb untuk buat gliss)
2 sb butter
1/2 sk garam
2 sk yis
190ml (air suam + telur)
3 sb water roux
1 sk baking powder

Cara-cara:
1.Masukkan bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas tadi ke dalam mangkuk adunan BM....sekiranya menggunakan BM tesco tekan no 8 (dough)....masa yang diberikan selama 1 jam 30 minit tetapi ia akan berhenti sendiri dalam masa kurang 30 minit...

2. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk serta uli sekejap...Rehatkan doh selama 45 minit atau doh naik 2 kali ganda....

3.Bulat-bulatkan doh dan susun di dalam loyang...Biarkan naik lagi 2 kali ganda...



Doh yang telah disusun dan naik 2x ganda...

4. Apabila doh dah naik boleh disapu dengan egg wash (campuran 2 sb telur + 2sk susu + beberapa titik esen vanilla)




Permukaan doh ditabur dengan gula.....

5. Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 20-25 minit...(bergantung kepada oven masing2)

Posing dengan BM...hehehe


Hangus sikit tapi memang gebu.....

Bagi pendapat saya lebih cantik sekiranya doh ini dibulat-bulatkan sebesar telur ayam dan disusun di dalam loyang segiempat....Lebih nampak comel dan senang dimakan...Berjumpa lagi di lain entri...SELAMAT MENCUBA....


No comments:

Post a Comment