Walaupun berasal dari Perak tapi sebenarnya banyak tempat2 menarik di sini yang belum kami jejaki...saya pun baru tahu stesen keretapi Ipoh sudah berubah wajah...memang ketinggalan 'keretapi' betul saya ni....hihihihi.....negeri lain selalu kami jelajah tetapi negeri asal usul amat jarang sekali.....selepas ini saya akan selalu update tempat2 menarik di negeri Perak untuk panduan sahabat semua.....
Sebelum ke stesen keretapi Ipoh saya dan keluarga kakak laksanakan benda wajib dulu iaitu MAKAN.......sebelum ni saya pernah pergi berbuka puasa di sini...kami makan di D' Polo Cafe yang terletak betul2 di hadapan padang polo...orang yang berasal dari Perak mesti tahu padang polo kan...
Di sini konsep stall....jadi kita boleh pesan makanan di gerai2 yang ada....ada gerai satay,burger bakar,yong tau fu,mee udang dan macam2 lagi...tak sempat nak snap semua gambar....
Antara makanan yang kami pesan......
Mee udang
Nasi goreng daging merah
Untuk anak2 supaya mereka boleh duduk diam.....
Selepas itu kami pergi ronda2 di stesen keretapi Ipoh.....
Ini antara update terbaru yang saya masukkan di dalam entri tempat-tempat menarik di sekitar Ipoh.....
Mydin Mall terbesar di Malaysia....
Nak main bowling pun boleh....
Selepas penat membeli belah di Mydin mall, rakan-rakan boleh berkunjung ke kawasan perkelahan Ulu Chepor kira-kira 5km dari sana....
Chalet untuk disewa oleh pengunjung
Pondok rehat di sepanjang sungai....
Gambar di bawah ini saya masukkan sebab masa cuti sekolah bulan November 2013 pihak jawatankuasa kampung Ulu Chepor mengadakan pesta makan buah-buahan tempatan secara percuma kepada penduduk dan pengunjung kawasan perkelahan di sini....
Buah durian boleh dimakan dengan pulut yang disediakan..
Rambutan....
Manggis....
Peminat tegar pulut durian...hehehehe...kalau rasa panas di belakang tu ada sungai...terus terjun.....
Banyak lagi tempat2 yang menarik di Perak untuk dikunjungi.....saya akan update dari masa ke semasa....jumpa lagi di lain entry......
No comments:
Post a Comment