Sunday, 29 June 2014

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.....

Assalamualaikum......

Salam Ramadhan untuk rakan-rakan semua.....hari ni saya belum lagi mahu berkongsi kisah Ramadhan tetapi berkongsi pengalaman dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana tentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia..... 

28 Jun 2014 saya menghantar anak saudara saya mendaftar ke UPNM....untuk pengetahuan rakan-rakan semua, pendaftaran UPNM amat jauh berbeza dengan pendaftaran universiti lain....sebenarnya anak saudara saya telah menjalani pemilihan Pegawai Kadet selama 2 minggu di Kem Terendak, Melaka.....Selepas saringan di sana, seterusnya mereka akan mengikuti kursus Tunas Wira selama 6 minggu di Kem Sungai Besi....hanya mereka yang layak dari segi mental dan fizikal sahaja yang terpilih.....selama mereka di sana memang terputus hubungan dengan ibu bapa kerana tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit....memang satu cabaran mental untuk anak dan juga ibu bapa....semua ini bertujuan untuk membina jati diri kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di sini.....

Dari penceritaan anak saudara saya memang mereka menjalani latihan ketenteraan yang agak memenatkan.....tetapi biarlah itu menjadi rahsia dan pengalaman peribadi dia kan....dia sendiri yang berminat untuk memasuki UPNM jadi dia sendiri perlu menghadapinya....saya sendiri sebelum ini tidak mengetahui tentang latar belakang UPNM ini.....tetapi dari apa yang saya lihat memang semua pelajar di sini mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi.....

Setelah tamat mengharungi tunas wira, para pelajar mendaftar semula ke kampus pada hari sabtu.....bagi saya bukan mendaftar tetapi ibu bapa menghantar kembali anak ke sana tetapi berbeza sedikit kerana telefon bimbit sudah dibenarkan....para pelajar akan menjalani minggu orientasi selama seminggu dan seterusnya akan kembali ke kuliah dan juga meneruskan latihan ketenteraan......

Di sini saya sertakan serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.....




Kawalan keselamatan sangat ketat....perlu tinggalkan kad pengenalan di pintu utama untuk memasuki kawasan universiti....UPNM terletak di dalam kawasan Kem Sungai Besi......

Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak di sini sahaja....di bawah panas terik matahari...hehehehe

Mengimbau kenangan semasa masuk PULAPOL dulu ke...hehehehe

Teringat kenangan 12 tahun lepas semasa mendaftar sebagai pelajar baharu di UUM.....masa tu kamera pun tak mampu nak beli lagi....hehehehe.....tiada gambar kenangan jadi hari ini bergambar dengan anak saudara dan anak sendiri untuk dijadikan kenangan kepada mereka nanti....




Antara ibu bapa yang hadir....lebih kurang 500 pelajar yang mendaftar....

Selagi tak dipanggil oleh pegawai yang bertugas selagi itu kita bergambar.....

Nampaknya anak saudara lebih tinggi dari mak saudara......



Yang paling penting pergi ke mana-manapun mesti berkawad....


Ini merupakan pakaian rasmi bagi pelajar junior ataupun asasi....selepas ini semua pelajar akan dibekalkan dengan uniform untuk hadir ke kuliah....


Warna kulit pun semua sama je....hehehehehe

Diharapkan entri ini dapat memberi sedikit gambaran dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana....saya juga mengharapkan anak saudara saya dapat belajar bersungguh-sungguh dan juga dapat menghadapi latihan ketenteraan dengan penuh sabar dan disiplin......ini merupakan satu-satunya universiti yang paling berdisiplin di dalam Malaysia.....


Berjumpa lagi di lain entri dan selamat menjalani ibadah puasa.....




No comments:

Post a Comment