Assalamualaikum......
Hari ni buat pertama kali saya hadir ke sekolah untuk menandatangani buku rekod pembelajaran kakak Syifa Umaira.....teringat zaman saya sekolah dahulu cikgu kelas akan memberi kita buku rekod untuk dibawa pulang dan ditunjukkan kepada ibu bapa....masa itulah ada sesetengah pelajar yang mendapat keputusan yang teruk akan meniru tandatangan ibu bapa kan.....(saya tak buat macam ni ye...hehehehehe)...sebenarnya dengan zaman teknologi sekarang ni ibu bapa boleh melihat keseluruhan keputusan peperiksaan anak secara online....jadi anak-anak memang tidak berpeluang langsung untuk menyembunyikan keputusan dan prestasi mereka dalam pelajaran....
Sebelum datang ke sekolah kakak Syifa Umaira saya sudah mengetahui keputusannya.....syukur Alhamdulillah kakak lulus semua subjek.....mungkin ini baru peringkat awal...masih panjang lagi perjalanan hidupnya......semoga dia akan teruskan kecemerlangannya....
Berbalik kepada tajuk entri di atas, di sini saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya sahaja....semua yang saya kongsi di sini adalah dari pembelajaran saya sebelum ini, pembacaan buku dan juga pengalaman saya menjalani latihan praktikal di Agensi Dadah Kebangsaan dan juga Sekolah pemulihan akhlak serta pengalaman bekerja di syarikat motivator terkenal dahulu sebelum saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.....
Terdapat segelintir ibu bapa zaman sekarang terlalu memaksa anak-anak tanpa melihat kemampuan dan potensi sebenar anak mereka.....bagi saya anak-anak perlukan lebih pujian....apabila anak-anak mendapat nombor 1 dan markah 100% diberi pujian tetapi apabila anak menunjukkan prestasi yang tidak boleh dibanggakan langsung tidak ada kata-kata pujian atau semangat untuk anak-anak....
Sebagai contoh di FB pada minggu ini banyak sekali rakan-rakan saya mengupload keputusan anak mereka yang begitu cemerlang...tiada langsung keputusan yang biasa-biasa atau luar biasa....tetapi untuk berlaku adil saya beranggapan anak-anak rakan FB saya semua dapat keputusan peperiksaan yang bagus.....Alhamdulillah...
Dari kecil lagi kita selalu memberi pujian kepada anak sebagai contoh apabila anak sudah pandai duduk sendiri atau berjalan, cepat sahaja kita akan berkata 'pandainya anak emak' tetapi apabila anak sudah melangkah ke alam persekolahan seolah-olah kita sudah lupa untuk mengucapkan perkataan pujian.....
Saya juga agak kecewa dengan beberapa keputusan peperiksaan anak saya di sekolah.....memang diakui saya memang seorang ibu yang sangat garang dengan anak-anak berbanding suami saya....sebagai contoh apabila dia membawa kertas peperiksaan bahasa arab pulang ke rumah hanya perkataan ini yang saya ucapkan 'baguslah kakak dapat 50 dalam bahasa arab.....lain kali mak nak tengok banyak lagi jawapan yang betul ye'...tetapi dalam hati berkata (Ya Allah.....hehehehehe)...memang saya tidak marah langsung kepada dia sebab saya tahu kemampuan diri dia sebenar.....
Saya juga rasa tidak selesa apabila bandingkan anak-anak kita dengan anak orang lain......semua ini akan merendahkan tahap keyakinan diri dia...jangan sesekali kita memuji anak orang lain di depan anak kita...sebagai contoh 'tengok Siti tu dia dapat nombor 1 dan markah 100...dia pandai dari kakak...mak nak kakak jadi macam dia'..(no....no....no....)....ini merupakan ayat yang membuatkan anak-anak menjadi terlalu rendah diri...kita cuba tukar kepada ayat 'anak mak memang pandai.....usaha lagi...mak tahu kakak mesti boleh'........saya ni dah macam nak jadi pakar motivasi tidak bertauliah pulak...kihkihkih....
Untuk pengetahuan rakan-rakan kakak Syifa Umaira hanya boleh membaca 6 bulan sebelum melangkah ke tahun 1 sedangkan rakan-rakan yang seusia dengannya sudah boleh membaca dengan lancar....bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu apabila anak masih tidak tahu membaca pada usia 6 tahun....syukur Alhamdulillah saya bertemu dengan seseorang yang telah mengajar anak saya membaca dalam tempoh 3 bulan sahaja...bermula dari situ saya telah mendapat panduan bagaimana kita sebagai ibu bapa perlu membantu perkembangan anak-anak kita...kita perlu saling bantu membantu dan tidak mengharapkan guru sahaja.....
Saya tetap berbangga dengan keputusan peperiksaan dan kedudukan 16 dalam kelas yang seramai 43 orang pelajar....sekurang-kurangnya dia mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.....saya tidak marah dengan anak saya sebab saya tahu kemampuan diri dia....di rumah memang sangat sukar untuk dia membuat kerja rumah yang saya berikan....ada sahaja alasan yang dia berikan....lenguh tangan la...cikgu ajar lain la....letih la dan macam-macam lagi....saya masih lagi memberi dia peluang kerana dengan usia yang masih di tahun 1 banyak lagi potensi sebenar diri dia yang kita tak tahu lagi.....saya hanya mengikuti perkembangan dia melalui guru-guru yang mengajarnya......yang sentiasa saya ingatkan kepada anak saya ialah hormati guru,sayang guru dan beri tumpuan semasa guru mengajar....itu yang paling penting.......
Panjang pulak perkongsian saya untuk entri kali ni....hehehehe.....
Selepas ambil buku laporan prestasi.....
Lupa nak ambil gambar dengan guru kelas kakak kan.....terima kasih cikgu Hamidah....
Nak balik dah.....inilah sekolah kakak....bangunan sekolah dah macam zaman jepun...hehehehehe
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun.....semoga berusaha lagi....
Berjumpa lagi di lain entri.....
No comments:
Post a Comment