Selamat hari raya kepada semua rakan pengunjung blog saya....akhirnya setelah 10 Syawal baru berpeluang untuk update entri terbaru....tiada apa yang menarik cuma ingin berkongsi kegembiraan suasana hari raya di rumah keluarga saya dan juga keluarga mertua saya....
Tiada sistem giliran bila tiba hari raya sebab rumah keluarga saya dan suami berdekatan....hanya 40 minit perjalanan sahaja...tak pernah bergaduh nak balik ke rumah siapa dahulu....senang kan...hehehehe..ikut kesesuaian di mana kami akan beraya dahulu.....tahun ini malam raya saya berada di rumah keluarga mertua....petang hari raya pertama balik ke rumah keluarga saya....
Saya ni datang dari keluarga yang agak besar iaitu dari 6 beradik yang kesemuanya perempuan dan sudah berkahwin...saya merupakan anak yang bongsu....bermakna abah dan mak saya mempunyai 17 orang cucu...ramai kan....mesti riuh rendah kalau semua berkumpul tetapi jarang sekali kami semua dapat berkumpul....masing-masing ada jadual mereka sendiri...bagi tahun ini hanya 4 beradik sahaja yang dapat berkumpul...kakak saya yang nombor 2 balik ke Kelantan manakala kakak yang nombor 3 bekerja di Johor dan tidak dapat cuti raya untuk tahun ini....nasib memang baik tahun ini buat julung kalinya kakak saya nombor 5 berhari raya di Perak...tahun ini tidak pulang ke Kelantan.....
Berbalik kepada tajuk entri di atas, tahun ini kami buat sedikit kelainan dalam bergambar...selalunya bila ambil gambar mesti style ahli JKKKKKK kampung...semua berdiri tegak dan agak skema....hehehehhe....kali ini acara bebas...buat le style sendiri....tetapi dalam keluarga saya yang selalu terover bergambar adalah saya dan kakak nombor 4...kami je yang terlebih excited...semua ini akan menjadi kenangan terindah kepada anak-anak kami bila mereka besar.....
Baju biru tu dah macam pelakon P.Ramlee...hehehehehe
Mak sedara yang terover.....anak sedara cool je.....
Macam ambil gambar untuk cover majalah pulak....
Bersama abah dan mak saya.....
Siapa yang paling over dalam gambar ni......macam-macam aksi ada....
Gambar saya dan suami saya ni pulak macam gambar photoshoot utk pengantin baru pulak rasanya....dulu tak berpeluang nak buat macam ni....anak dah 3 baru mengada-ngada....hahahahah
Gambar sebelah kanan bersama kakak sulung, nombor 4 dan juga nombor 5....semua maintain cun.....
Manakala gambar di bawah ini bersama keluarga mertua saya....suami saya merupakan anak sulung dari 3 beradik....bermakna 3 orang anak saya merupakan cucu dalam keluarga kecil ini....kalau tengok yang ramai dalam gambar ini merupakan bapa dan ibu saudara serta sepupu sebelah suami saya....mereka semua akan berkumpul di rumah keluarga mertua saya apabila hari raya...barulah meriah kan...heheheheh
Opah pun dah pandai berselfie ye...kihkihkihkih
Saya bersama adik ipar...
Inilah keluarga besar suami saya.....sentiasa happy....
Inilah antara serba sedikit cerita hari raya saya pada tahun ini dan juga latar belakang saya dan juga suami....dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan dan juga pengunjung blog saya sekiranya selama anda mengikuti blog saya ada yang terkecil hati dengan penulisan saya...yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah.....
Semoga berjumpa lagi di entri terbaru....
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN
No comments:
Post a Comment