Thursday, 12 December 2013

Roti puri.......

Bila cuti mulalah kepala ni ligat berpusing nak masak apa untuk sarapan....kalau hari bekerja memang saya tak perlu risau sebab husband lebih suka sarapan di kantin bersama rakan-rakannya....

Rasa dah jemu sarapan nasi lemak,bihun goreng,maggi goreng atau yang seangkatan dengannya......akhirnya terfikir untuk buat roti puri...seumur hidup inilah baru pertama kali buat roti puri....hehehehe...zaman canggih sekarang ni kan semua resepi di hujung jari je.....search kat internet berderet resepi roti puri ni...ada macam-macam versi...tetapi saya tertarik dengan resepi yang ada dalam website my resepi.....

Dari pembacaan saya roti puri ni masa digoreng akan kembung dan apabila dibelah akan berongga di dalamnya....memang tak sabar nak tengok hasilnya....tetapi saya belajar dari kesilapan juga sebab kalau kita nak roti puri ni kembung semasa digoreng kita perlu canai nipis....tetapi dari 17 ketul yang ada hanya separuh je yang kembung....maklumlah pagi-pagi anak dah buat perangai....kelam kabut menggelek doh....ada yang nipis...ada yang bulat...ada yang tebal....ada yang lonjong...hehehehe...janji boleh makan kan.....


Akhirnya menjadi roti puri.....

Bahan -bahan :(yatie;my resepi)

2 cawan tepung gandum
1 sk yis
1/2 sk garam *
3 sb minyak masak *
2 sb gula *
175ml air panas *
40 ml air jika perlu (saya tak letak sebab doh dah cukup elok)

Cara - cara :
1. Satukan tepung dan yis
2. Panaskan di dalam periuk bahan bertanda * sehingga gula hancur
3. Masukkan bahan yang telah dipanaskan ke dalam tepung dan gaul menggunakan sudu terlebih dahulu.....selepas itu boleh diuli menggunakan tangan sehingga adunan tidak melekat di tangan dan menjadi doh...
4. Tutup doh dengan plastik dan perap doh sehingga naik 2x ganda...
5. Bahagikan doh dan canai nipis
6. Goreng dalam minyak yang panas...

*Tips* - semasa menggoreng curahkan minyak ke atas roti supaya mengelembong...selepas itu baru terbalikkan...

Doh perlu dicanai nipis ye....


Roti puri memang sedap di makan dengan sambal sardin...boleh juga dimakan dengan kari...ikut selera masing-masing....

SELAMAT MENCUBA....




No comments:

Post a Comment