Hari ni masak paling simple iaitu ayam goreng berempah....dapat resepi ni dari jiran jadi tiada sukatan bahan...semua bahan-bahan kita agak sendiri je ye.....rasa memang 'tip top'...sama macam ayam goreng berempah yang saya selalu beli di Shah Alam...(terpuji diri sendiri pulak...hehehe)...terima kasih kepada jiran saya yang baik hati bagi resepi ni.....sekarang saya nak kongsi dengan kawan-kawan di sini tetapi saya hanya tulis bahan-bahan yang saya gunakan sahaja ye.....
Bahan-bahan :
Ayam yang di potong kecil
Serai*
Daun kari*
Bawang kecil*
1 sk jintan manis*
1 sk jintan putih*
Serbuk kari ayam dan daging
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 biji telur*
Cara cara:
Bahan yang bertanda * dikisar halus dengan sedikit air.....masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam beserta sedikit garam,serbuk kari dan serbuk kunyit....
Sepatutnya telur dimasukkan dengan semua bahan untuk dikisar...macamana boleh lupa pulak...terpaksa dimasukkan selepas bahan2 telah dikisar...hehehehe
Setelah siap boleh diperap di dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum di goreng...
Dah siap......
Semasa menggoreng ayam boleh dimasukkan juga daun kari...senang dan mudah kan.....berjumpa lagi di lain entri dengan resepi bayam goreng yang paling simple...
SELAMAT MENCUBA.....
No comments:
Post a Comment