Saturday, 10 January 2015

Kilang Roti Gardenia, Kilang Cookies Beryl 's dan Farm In The City..

Rombongan Tadika Kemas Baitul Widad.....

Assalamualaikum.....

Pada bulan Mei lepas tadika anak saya telah membuat lawatan sambil belajar ke 3 tempat iaitu Kilang roti Gardenia, kilang cookies Beryl's dan Farm In The City...... Rombongan ini seperti golongan mak-mak sebab mak yang terlalu excited berbanding anak-anak...hehehehe....semua memberikan kerjasama yang sepenuhnya....

Sebenarnya anak-anak saya tak sabar nak naik bas...ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki bas....mereka gembira seperti dapat menaiki kapal terbang...

Destinasi pertama kami adalah Kilang roti Gardenia... banyak peraturan yang kami perlu patuhi apabila berkunjung ke sini....kamera tidak dibenarkan sama sekali di dalam kawasan kilang...jadi hanya dibenarkan mengambil gambar di bahagian luar sahaja...jadi saya hanya boleh ceritakan pengalaman saya sahaja semasa di dalam kilang....

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kawasan kilang terus terbau roti yang enak....kami diberikan penerangan terlebih dahulu dan tayangan video...selepas itu kami di bawa ke dalam kawasan kilang...kami hanya memerhatikan kawasan kilang dari ruang atas yang bercermin sahaja....kebersihan kawasan kilang dan ruang bekerja memang tip top....secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada anak-anak dan kami sendiri cara pembuatan roti Gardenia....satu pengalaman yang paling berharga....





Anak-anak yang terlalu seronok sebab dapat naik bas...hehehehe


Destinasi pertama kami.....


Amaran keras yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja.....


Tayangan video tentang asal usul roti....


Selepas melawat kawasan kilang kami disediakan sarapan pagi....



Iman yang malu-malu kucing...hehehehe


Goodies bag yang disediakan oleh pihak Gardenia....




Muka 'excited' sebab dapat bawak balik roti....hehehehe



Susah sangat nak kumpulkan anak-anak untuk bergambar jadi biarlah mak-mak je...


Destinasi ke dua ialah kilang cookies Beryl's...sama juga situasi di kilang roti, kami juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam kawasan kilang....cookies yang dihasilkan di sini adalah untuk dieksport ke luar negara....selepas melawat kawasan kilang kita shopping cookies....semuanya sedap dan rambang mata untuk memilih...tiada goodies free di sini...jadi kena beli sendiri...hehehehehe




Cukuplah satu plastik sahaja cookies....harga boleh tahan juga....



Masa ni Iman dah mengamuk...nak ambil gambar pun tak boleh...penat + nak susu...hahahahaha

Destinasi ke tiga ialah Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan....jarak di antara ketiga-tiga tempat ini adalah berdekatan....tetapi perjalanan di dalam kawasan ini sangat mencabar....Iqbal pulak nk berdukung...nak bawa stroller memang tak sesuai dengan jalan yang sempit dan tidak rata dan bertangga....redha je lah dan tidak banyak gambar yang dapat diambil....mak nya dah penat sangat....huhuhuhu...

Tempat ini bagus untuk budak-budak...memberi pendedahan kepada mereka untuk mendekati dan mengenali haiwan.....



Budak-budak terlalu excited tengok giant kura-kura...sebenarnya ada suatu peristiwa yang tidak di jangka berlaku di sini....kelakar + kesian + tekejut...hahahaha...biarlah ia menjadi rahsia dan pengalaman kami semua....


Iqbal bagi rabbit makan ape tu.....

Jam 4 petang kami sudah sampai di rumah...satu pengalaman menarik dan seronok untuk kami...memang penat tapi berbaloi.....5 beg goodies bag kami dapat dari Gardenia sebab setiap orang yang pergi akan dapat 1...dalam rombongan ini kami yang paling banyak dapat....hahahaha



Lautan roti.....macamana nak habiskan semua ni....sebahagiannya saya sedekah kepada jiran....


Cookies yang di beli di Beryl's...semua sedap...menyesal beli sikit...huhuhu...

Ini lah serba sedikit rombongan tadika anak saya...satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami dan anak-anak...terima kasih kepada cikgu Natrah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak kami dan melayan kerenah mereka....bukan mudah nak control kanak-kanak tadika....hanya yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja yang layak....

Semoga berjumpa di entri terbaru.....



Friday, 9 January 2015

Langit - langi Hotel Port Dickson....

Percutian budget....

Assalamualaikum....

Akhirnya saya muncul kembali...hehehehe...terlalu lama blog bersawang tanpa entri terbaru....banyak sebenarnya cerita dan resepi terbaru yang ingin dikongsi tetapi kekangan masa dengan kerja rumah dan anak-anak memang tak dapat di elakkan...

Berbalik kepada tajuk entri di atas, setiap bulan Januari merupakan ulangtahun perkahwinan kami...memang kami akan merancang percutian...tahun ini perlu lebih banyak berjimat jadi kami mengambil keputusan untuk mencari penginapan budget sahaja....kalau anda pernah membaca sebelum ini, pada tahun lepas kami bercuti di Grand Lexis Hotel Port Dickson....boleh rujuk entri di sini http://aliasyifa80.blogspot.com/2014/02/grand-lexis-port-dickson.html

Secara kebetulan atau sebaliknya 2 tahun berturut-turut kami bercuti ke port dickson.hehehehe..salah satu faktor sebab berdekatan dengan rumah kami....selain itu port dickson memang satu tempat percutian yang sangat menarik....

Kali ini kami menginap di hotel Langit-langi di Taman Mewah Port Dickson...hotel ni terletak di bangunan rumah kedai 3 tingkat sahaja....yang paling menarik walaupun hotel budget tetapi hotel ini mempunyai kolam renang....itu merupakan pilihan pertama kami kalau memilih hotel penginapan....anak-anak memang wajib nak mandi kolam kan....hehehehehe



Saya sangat tertarik dengan deko lobi hotel ni....sungguh unik kerusi yang diletakkan di situ..


Inilah bilik penginapan kami...sebenarnya kami nak yang ade jacuzzi tapi penuh pulak...diaorang bagi yang ada bath tub...memang saiz bilik sangat comel...yang penting bersih dan selesa....


Jangan terkejut...walaupun bangunan rumah kedai tetapi ada kolam...tak boleh masuk ramai-ramai dalam kolam tu..tak muat..hehehehe...tetapi anak2 sangat puas hati....



Tempat makan yang saya cadangkan sekiranya anda bercuti ke Port Dickson... Restoran Cowboys Nasi Kukus Ayam Panggang...restoran ini bersebelahan Marina Hotel....servis yang pantas dan makanan yang sedap...memang puas hati... untuk set nasi ayam panggang ini hanya RM 6 tidak termasuk air...restoran ini hanya menyediakan 2 jenis air sahaja iaitu jus tembikai dan jus apple....

Inilah serba sedikit tentang percutian sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8....semoga perkahwinan kami kekal bahagia selamanya dan anak-anak kami berjaya di dunia dan akhirat....

Berjumpa lagi di entri terbaru.....

Sunday, 7 September 2014

Majlis Seribu Kenangan Bersamamu.....

PERKEP Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang....

Assalamualaikum......

Apa khabar semua rakan-rakan....kembali kepada rutin asal yang sibuk dengan tempahan roti setelah 2 bulan bercuti meroti...hehehehe...blog ni pun jadi tenggelam timbul lah lepas ni.....

Berbalik kepada tajuk entri di atas pada 5 Sept telah berlangsung majlis seribu kenangan bersamamu untuk meraikan ahli-ahli Perkep yang akan berpindah....yang paling sedih adalah perpindahan pengerusi Perkep sendiri ke Sabah setelah hampir 5 tahun bersama....banyak kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan....semoga Pn Fazillah akan selesa di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini....

Majlis telah berlangsung di Crystal Crown Hotel Klang....seperti biasa apabila majlis seperti ini berlangsung kaum bapa terpaksa menjaga anak-anak di rumah...kaum ibu nak 'lupakan diri' sebentar....hehehehehe......tema yang dipilih untuk majlis ni ialah 'dress'...memang semua ahli-ahli PERKEP memberi sepenuh komitmen dan kerjasama semasa majlis berlangsung...masing-masing tampil anggun dan 'vouge'....kalah anak dara sedangkan semua barisan ibu-ibu...hehehehehe....

Acara wajib ialah makan-makan tetapi diselitkan dengan acara karaoke dan juga cabutan nombor bertuah.....Alhamdulillah akhirnya bertuah juga saya malam ni...hehehehe

Ini adalah sebahagian gambar-gambar semasa majlis berlangsung....


Barisan AJK Perkep yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini khas untuk mantan Pengerusi Perkep MO PPM Port Klang serta ahli-ahli yang terlibat dalam pertukaran...



Antara barisan ibu-ibu anggun pada malam tersebut...semuanya berubah 100%..hehehehe...selama ni pergi ke mana-mana mesti ada 'hand bag' tetapi malam ni masa untuk kaum ibu beristirehat....Masih menjaga tatasusila sebagai kaum wanita dan juga isteri kepada anggota polis bagi menjaga nama baik suami masing-masing....

Bersama pemangku Pengerusi Perkep......

Sambil makan kita 'berselfie'...hehehehe





Antara hidangan yang disediakan pada malam tersebut....

Hadiah yang disediakan untuk cabutan nombor bertuah.....

Alhamdulillah akhirnya saya bertuah....hehehehehe...no 2 dan hadiah pun no2....suka...suka...suka

Acara kemuncak malam tersebut ialah pengumuman Ibu Anggun bagi tahun 2014....Inilah pemenangnya....Pn Sheila...memang memenuhi kriteria yang diinginkan...kepada yang lain jangan sedih...kita semua tetap anggun di mata suami...

Bersama mantan Pengerusi Perkep MO PPM Port Klang....terlalu banyak kenangan bersama Pn Fazillah....segala tunjuk ajar yang puan berikan akan saya kenang selamanya...semoga gembira di tempat baru dan sentiasa ingatkan kami di sini.....

Ambik aura bergambar dengan Ibu Anggun 2014...hehehehe

Yeayyyyyy inilah hadiah cabutan bertuah yang saya dapat...terima kasih.....

Sebelum majlis berakhir kita berselfie dengan GoPro dulu....barulah dikatakan ibu moden di zaman alaf baru.......

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali...terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan majlis ini....berjumpa lagi di entri yang terbaru.....









Monday, 1 September 2014

Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-67.....

1 September 2014....

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi di entri terbaru setelah lama menyepi......entri sambutan hari raya pun tak sempat nak buat lagi sebenarnya.....tetapi untuk kali ini saya ceritakan dahulu tentang aktiviti yang baru sahaja berlangsung....

Setiap tahun pada 1 Sept merupakan peringatan hari Polis Marin.....saya hanya berpeluang terlibat dengan aktiviti apabila sesuatu majlis berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang sahaja...sebab mudah saya tinggalkan anak-anak di rumah jiran....

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali.....di sini sedikit sebanyak gambar yang sempat saya ambil semasa majlis berlangsung..... 



Gambar ni sebenarnya malam sebelum majlis berlangsung....suami perlu hadiri majlis Dining Out Pengarah KDNKA....


Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan.....


Penyampaian surat penghargaan dan pemakaian lencana penyelam PDRM....

Saya bersama rakan-rakan yang lain menunggu ketibaan tetamu jemputan...



Sebelum ketibaan tetamu VVIP kita bergambar dahulu ye...ini antara barisan isteri Pegawai dan AJK Perkep dari Port Klang....

Kami ni pantang jumpa kamera mesti nak bergambar je......

Ambil aura duduk di atas pentas utama......hehehehhe

Setelah selesai majlis di padang kawad, kemudian acara Fleet Review botronda PPM di jeti.....




Ini adalah antara botronda polis marin yang menjalankan tugas rondaan di laut....


Setelah majlis selesai baru dapat berpeluang bergambar bersama suami....

Ini merupakan serba sedikit kehidupan saya di sini selama hampir 5 tahun suami berkhidmat di sini....sebelum ini 6 tahun suami berkhidmat di Kuching, Sarawak....

Selamat menyambut Hari Pasukan Polis Marin yang ke-67 kepada seluruh warga PDRM...semoga warga PDRM terus komited untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi demi negara Malaysia tercinta....

Berjumpa lagi di lain entri......